BINTANG kelab Barcelona, Luis Suarez tidak akan beraksi untuk tempoh empat bulan lagi, susulan pembedahan lutut yang dijalani pada Ahad.

Terdahulu, penyerang berasal dari Uruguay itu mengalami kecederaan pada meniskus luar lutut kanannya.

Dia kini dalam pengawasan seorang pakar bedah Sepanyol, Dr Ramon Cugat.

Suarez bermain untuk keseluruhan permainan ketika Barcelona tewas 3-2 kepada Atletico Madrid dalam separuh akhir Piala Super Sepanyol di Arab Saudi pada Jumaat lalu.

Pemain berusia 32 tahun itu menjaringkan 14 gol dalam 23 perlawanan untuk Barcelona musim ini.