Berita  | Sukan

'Sudahlah tu, dik.. berhenti jadi bahan' - Chris Jericho sekolahkan McGregor

'Sudahlah tu, dik.. berhenti jadi bahan' - Chris Jericho sekolahkan McGregor
Conor McGregor (kiri) yang terkenal dengan keceluparan mulutnya akhirnya disekolahkan oleh seorang penggusti lagenda WWE, Chris Jericho. - Foto REUTERS
BINTANG UFC Conor McGregor yang terkenal dengan keceluparan mulutnya akhirnya disekolahkan oleh seorang penggusti lagenda WWE.

Chris Jericho memberi teguran kepada McGregor kerana terlalu yakin dengan faktanya mengenai 'champ champ' (kejuaraan berganda) di WWE yang menurutnya salah.

McGregor, menerusi ciapan di Twitternya minggu lalu mengucapkan tahniah kepada penggusti Ireland dan rakan senegara, Becky Lynch kerana menjadi juara wanita Raw dan SmackDown.

"Tahniah kepada Becky Lynch dari Ireland, juara berganda pertama WWE. Wow!" katanya.
Tweet itu kemudiannya dibalas seorang netizen, Stefan Long yang berkata kenyataan McGregor tentang Lynch menjadi juara berganda pertama WWE, adalah salah.


"Juara berganda yang pertama? Anda salah la, kawan!" katanya sambil memuat naik gambar Jericho bersama dua tali pinggang kejuaraan -- WWE dan WCW.

McGregor kemudian cuba mempertahankan faktanya dengan berkata kedua-dua gelaran tersebut perlu berada di bawah satu organisasi.

"Salah satu tali pinggang itu ialah dari WCW. Kedua-dua tali pinggang mesti dimenangi di bawah organisasi yang sama. Gelaran interim (sementara) tidak diambil kira.

"Gelaran itu juga mesti dipegang secara berturut-turut. Ini adalah untuk status sebenar 'juara juara'. Yang benar, Juara Juara," katanya.


Jericho, yang menyedari tweet tersebut, membalas dan menerangkan bahawa kedua-dua gelaran yang dimenanginya itu memang di bawah satu organisasi.

"Terima kasih kerana menjelaskan peraturan mengenai 'Champ Champ'. Tetapi kedua-dua tali pinggang telah dimenangi di bawah organisasi yang sama, pada malam yang sama. Sekarang berhentilah jadi 'bahan' dan sudah-sudahlah tu, dik," katanya.


McGregor merupakan petarung pertama UFC yang memegang dua gelaran dunia serentak selepas menewaskan Eddie Alvarez di Manhattan, New York pada 2016.

Kali terakhir dia bertarung ialah dengan jaguh Rusia, Khabib Nurmagomedov pada Oktober 2018, di mana dia tewas menerusi 'submission' pada minit 3.03 pusingan keempat.



Tag: Conor McGregor, penggusti lagenda WWE, champ champ, kejuaraan berganda, Raw dan SmackDown, Becky Lynch, Chris Jericho, Stefan Long, MMA


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.