awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Netflix perluas penstriman permainan video, lancar antara muka baharu tahun ini
APAD bina pangkalan data pemandu bas, lori
Nothing acah perubahan logo baharu, bakal tinggalkan rekaan titik ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Asia 2018: Malaysia capai sasaran 7 emas menerusi skuasy lelaki

Bernama
Bernama
01/09/2018
14:17 MYT
Sukan Asia 2018: Malaysia capai sasaran 7 emas menerusi skuasy lelaki
Atlet squash negara, Ivan Yuen Chee Wern (kiri) ketika beraksi menentang atlet Hong Kong, Yip Tzs Fung (kanan) pada acara squash berpasukan lelaki akhir di Arena Gelora Bung Karno hari ini. - Foto Bernama
Malaysia telah mencapai sasaran tujuh pingat emas pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 selepas pasukan skuasy lelaki menewaskan pilihan utama Hong Kong 2-1 dalam final di Stadium Skuasy Gelora Bung Karno di sini, malam ini.
Malaysia memulakan kempen dengan langkah kiri selepas juara kebangsaan, Ivan Yuen Chee Wern memberi tentangan sengit sebelum tewas 7-11, 18-20, 11-9, 8-11 kepada Yip Tsz Fung.
Bagaimanapun, skuad negara menghidupkan semula peluang apabila Mohd Nafiizwan Adnan menyamakan kedudukan dengan mengalahkan Max Lee Ho yin 11-9, 11-7, 11-7 pada perlawanan kedua.
Perseorangan ketiga negara, yang juga bekas juara remaja dunia, Ng Eain Yow mengesahkan pingat emas menjadi milik Malaysia apabila mengejutkan juara perseorangan Sukan Asia 2018, Leo Au Chun Ming, dalam straight set 11-7, 11-7, 11-4 pada perlawanan ketiga.
Selain acara berpasukan lelaki, skuad skuasy negara turut menghadiahkan emas menerusi Datuk Nicol David dalam acara perseorangan wanita.
Di samping skuasy, Malaysia setakat ini telah memperoleh emas iaitu dua dalam acara boling (trio wanita dan Masters lelaki), berbasikal trek (pecut individu), pelayaran (Terbuka Laser 4.7) dan sepak takraw dalam acara regu lelaki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#Mohd Nafiizwan Adnan
#Skuasy
#Skuasy lelaki
#Sukan Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan