awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Asia 2018: Tamparan kepada skuad terjun

Bernama
Bernama
27/08/2018
14:01 MYT
Sukan Asia 2018: Tamparan kepada skuad terjun
Pandelela terpaksa menarik diri daripada acara 10 meter platform seirama wanita pada hari pembukaan acara terjun Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018. -Bernama
Skuad terjun negara menerima tamparan hebat apabila Pandelela Rinong terpaksa menarik diri daripada acara 10 meter platform seirama wanita pada hari pembukaan acara terjun Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, bermula esok.
Pemangku ketua jurulatih skuad terjun negara, Zhang Yukun yang ditemui media Malaysia di sini hari ini, memaklumkan ratu terjun negara itu mengalami kecederaan belakang yang serius semasa sesi latihan, semalam, menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada acara berkenaan esok.
BACA: Pandelela cedera, terpaksa tarik diri
"Saya tidak pasti sama ada beliau dapat menyertai acara individu, namun saya berharap beliau dapat kembali pulih kerana Pandelela adalah prospek pingat kepada Malaysia pada Sukan Asia ini," kata Zhang.
Nur Dhabitah Sabri akan menggantikan Pandelela, dan akan bergandingan dengan penerjun veteran, Leong Mun Yee dalam acara tersebut.
Untuk rekod, Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas dalam acara terjun pada Sukan Asia sejak acara berkenaan mula dipertandingkan pada edisi 1951 di New Delhi, India.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asia
#Leong Mun Yee
#Nur Dhabitah Sabri
#Pandelela Rinong
#Sukan Asia
#Zhang Yukun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan