Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyeru semua rakyat Malaysia agar bangkit bersama dan menyokong atlet tempatan yang akan bertanding dalam temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 nanti.
Salleh berkata tahun 2017 menandakan satu kejayaan penting dalam sejarah Malaysia apabila kedua-dua sukan itu diadakan bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-60 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 Sept.
"Kali terakhir kita menjadi tuan rumah Sukan SEA ialah pada 2001 dan kita muncul sebagai juara keseluruhan dengan 111 pingat emas. Kini, setelah 16 tahun, negara kita sekali lagi menjadi hos kepada acara sukan terbesar di Asia Tenggara.
"Dengan semangat Merdeka, marilah kita 'Bangkit Bersama' dan menyokong wira atlet sukan tempatan yang akan memberikan yang terbaik ketika mewakili negara," katanya dalam catatan terbaru dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my bertajuk 'Rising Together in Unity' hari ini.
Sukan SEA ke-29 akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini manakala Sukan Para ASEAN membuka tirai dari 17 hingga 23 Sept. Ini merupakan kali keenam Malaysia menganjurkan Sukan SEA dwitahunan itu.
Kedua-dua temasya sukan itu juga pertama kali diadakan selepas penggubalan Komuniti ASEAN semasa Malaysia menjadi pengerusi pada 2015.
Berkongsi keterujaan beliau untuk kedua-dua sukan itu, Salleh yakin bahawa rakyat Malaysia yang patriotik akan sekali lagi dapat mengetepikan perbezaan mereka bagi meraikan dan bersorak untuk kontinjen negara.
Beliau berkata sukan Malaysia memperlihatkan prestasi turun naiknya, tetapi keseronokan dan kegembiraannya tidak pernah hilang.
"Tahniah kepada semua jurulatih dan atlet negara yang berdedikasi dan telah bekerja keras serta banyak berkorban untuk sampai ke tahap sekarang.
"Kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita bersatu dan bangkit bersama semasa peristiwa penting ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2017
SALLEH: "Dengan semangat Merdeka, marilah kita 'Bangkit Bersama' dan menyokong wira atlet sukan tempatan yang akan memberikan yang terbaik ketika mewakili negara." - Gambar fail
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
PM adakan lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu
Dalam lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bakal melakukan walkabout di Bazar Ramadan Desa Ilmu disusuli Majlis Iftar Berbuka Puasa Madani di Masjid Al-Muttaqin
UMNO Sabah akan lebih teliti pilih calon - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mahu calon yang akan diketengahkan UMNO dalam PN Sabah nanti ditolak rakyat sekaligus mendatangkan kerugian buat parti itu.
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej disambung
Hakim Mahkamah Nur Asyraf Zolhani membenarkan tempoh reman disambung tujuh hari bermula Jumaat
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Pesawat Bombardier CL-415 Maritim Malaysia digerakkan bagi membantu memadam kebakaran yang dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Baram
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Kesabaran rakyat ada batasnya - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan isu air di Sabah perlu segera diselsesaikan jika tidak ia akan memberi kesan besar kepada rakyat.
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar kolej vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
INFOGRAFIK: Pencapaian Sultan Mizan di Sukan SEA 2017
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan kuda 'Rtes Annaversary' hari ini bukan sahaja berjaya meraih pingat emas buat negara tetapi juga mencipta rekod baharu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Pemandu bas Sukan SEA ditahan selepas disyaki mencuri - Polis
Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki yang bertugas sebagai pemandu bas pasukan bola sepak wanita Myammar selepas disyaki mencuri.
SukanKL2017: Emas pertama Malaysia menerusi acara chinlone
HARI ini, skuad negara mencipta sejarah selepas berjaya meraih kilauan emas sulung Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menerusi acara Chinlone linking di Stadium Tertutup Titiwangsa di sini pada Rabu.
Sukan SEA: Ayuh bangkit bersama, sokong atlet kita! - Salleh
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyeru semua rakyat Malaysia agar bangkit bersama dan menyokong atlet tempatan yang akan bertanding dalam temasya Sukan SEA ke-29.
Tiga juara dunia diumum pembawa Jalur Gemilang di Sukan SEA 2017
Buat julung kalinya tiga alet negara bergelar juara dunia diumumkan sebagai pembawa bendera pada temasya Sukan SEA 2017 (KL 2017) akan datang.