Sokongan dan semangat rakyat Malaysia kepada atlet negara diteruskan kali ini di temasya Sukan SEA 2019 di Filipina yang akan bermula pada 30 November hingga 11 Disember ini.

Seluruh peminat sudah pasti ternanti-nanti untuk menyaksikan detik gemilang serta aksi perjuangan mereka dalam misi mempertahankan emas di KL2017.

Selain itu, aksi tumpuan termasuk skuad bola sepak negara yang meraih perak dua tahun lalu akan membuka aksi perlawanan pertama pada 25 November ini.

Selain bola sepak, 12 acara sukan lain yang akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena seperti sepaktakraw, olahraga, renang, terjun dan badminton turut menjadi tumpuan kontigen untuk mencipta kejayaan pada temasya dwi tahunan ini.

Misi Astro adalah untuk memastikan kesinambungan yang cemerlang dalam menyajikan yang terbaik untuk peminat sukan negara dengan membawakan liputan menyeluruh setiap hari di saluran Astro Arena (HD: CH 802 | SD: CH 812) di Astro TV, NJOI TV dan Astro GO; dan juga di platform digital Astro seawal jam 7.00 pagi hingga 12.30 tengah malam.

Menurut Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay, kepada peminat yang bukan pelanggan Astro mereka juga berpeluang menyaksikan aksi atlit negara yang akan disiarkan di Astro Arena secara ‘live streaming’ di laman web Stadium Astro sepanjang temasya ini.

“Liputan KL2017 yang lalu, kita berjaya mencatat rekod jumlah tertinggi tontonan 12.5 juta penonton termasuk juga rekod tontonan digital sebanyak 12 Juta.

Astro sedar akan kepentingan peminat terhadap arena sukan tanah air dan kami sentiasa komited memastikan semua penyokong akan dapat berkongsi perjuangan kontinjen negara secara lebih dekat menerusi pengalaman tontonan TV mahupun platform digital yang disediakan Astro.

“Selain itu. seluruh rakyat Malaysia boleh memberikan sokongan kepada wira-wira negara dengan menyertai hastag kempen anjuran kami iaitu #iniMASkita ," katanya.

Peminat sukan boleh mendapatkan informasi terkini mengenai pencapaian atlit negara di laman sosial Astro Arena.

Jangan lupa untuk mendapatkan liputan temasya Sukan Sea kali ini di Astro TV, NJOI TV dan Astro GO. Untuk maklumat lanjut sila layari www.astro.com.my.