Temasya Sukan SEA ke-30 dibuka secara rasmi dengan penuh tradisi dalam satu majlis pembukaan penuh gilang-gemilang di stadium terbesar dunia, Philippines Arena, di Bulacan, dekat sini, malam.
Buat pertama kalinya dalam sejarah 60 tahun sukan dwitahunan itu, majlis perasmiannya berlangsung dalam dewan tertutup dan bukannya di stadium.
Lebih menarik lagi pada Sukan SEA kali ini, kawah obor sukan ini diletakkan di lokasi berbeza, iaitu di 'New Clark Athletics Stadium' yang terletak kira-kira 90 kilometer dari Bulacan, dan majlis penyalaan obor itu disiarkan melalui skrin di arena yang berkapasiti 55,000 orang itu.
Acara perasmian dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Filipina oleh Lani Misalucha diikuti dengan persembahan bertenaga bertemakan 'The Roots of our Strength' yang menunjukkan pelbagai kebudayaan dan warisan negara itu dan dipersembahkan dengan siri tarian pahlawan dari Bagobo, Kalinga, Maguindanao, Islamik dan pre-Hispanik Visayans.
Perarakan para kontinjen diiringi sorakan ceria para penonton, sebaik sahaja memasuki arena itu dalam susunan mengikuti abjad bermula dengan Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor Leste, Vietnam dengan kontinjen tuan rumah menjadi pasukan terakhir memasuki arena.
Kontinjen Malaysia didahului pembawa Jalur Gemilang dan juara dunia boling 2018 Rafiq Ismail, diikuti lebih 100 atlet dan pegawai termasuk Chef-de-mission (CDM) Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan dua timbalannya Nurul Huda Abdullah dan Ahmad Faedzal Md Ramli.
Dengan berbaju Melayu dan berbaju kurung berwarna putih selain, bersamping warna merah dan bertengkolok (bagi lelaki) dan selendang bermotifkan Jalur Gemilang (wanita), tuan rumah Sukan SEA 2017 itu berjalan di hadapan penonton dengan penuh semangat dan menunjukkan kepelbagaian bangsa di Malaysia.
Selepas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengisytiharkan pembukaan Sukan SEA ke-30, penonton dipersembahkan dengan satu persembahan moden dan hip hop bertenaga oleh artis tempatan antaranya Inigo Pascual, Robert Sena, Apl.de.Ap dan KZ Tandingan sebelum acara penyalaan obor ditayangkan di skrin.
Peninju berkelas dunia dari Filipina, Manny Pacquiao dan Nesthy Petecio diberikan penghormatan sebagai pembawa obor, sebelum mereka menyalakan kawah obor yang menandakan bermulanya temasya 12 hari itu.
Dengan tema 'We Win As One', Sukan SEA kali ini akan berlangsung selama 12 hari sehingga majlis penutupan rasminya di New Clark Athletics Stadium pada 11 Dis.
Lebih 8,000 atlet dari 10 negara ASEAN dan Timor Leste akan bertanding dalam 530 acara daripada 56 jenis sukan yang dilangsungkan di tiga kluster utama iaitu Manila, Clark dan Subic.
Sukan SEA ke-30 ini merupakan kali keempat Filipina menjadi tuan rumah, selepas 1981, 1991 dan kali terakhir pada 2005.
Sukan SEA kali ini juga memperkenalkan beberapa sukan baharu antaranya arnis, jujitsu, kickboxing, hoki dalam air dan e-Sukan.
Selaku juara bertahan, Malaysia menghantar satu kontinjen yang kuat dengan 773 atlet dan 339 pegawai dengan menyertai 52 jenis sukan dan menyasarkan untuk membawa pulang 70 emas, 51 perak dan 105 gangsa untuk kedudukan tempat keempat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 30 2019
Temasya Sukan SEA ke-30 dibuka secara rasmi dengan penuh tradisi dalam satu majlis pembukaan penuh gilang-gemilang di stadium terbesar dunia, Philippines Arena, di Bulacan. -Foto Bernama
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Sukan SEA ke-30: Majlis perasmian gilang-gemilang dalam dewan tertutup
Buat pertama kalinya dalam sejarah 60 tahun sukan dwitahunan itu, majlis perasmiannya berlangsung dalam dewan tertutup dan bukannya di stadium.