Hasrat beratus-ratus rakyat Filipina menyaksikan nyalaan obor sempena upacara pembukaan rasmi Sukan SEA ke-30 di Kompleks Sukan New Clark City, di sini, malam ini tidak kesampaian, apabila mereka dihalang daripada memasuki pekarangan kompleks berkenaan.
Lebih mengejutkan, petugas media yang membuat liputan Sukan SEA 2019 di kluster Clark dan Subic turut dihalang anggota keselamatan bertugas, yang mendakwa mereka mendapat arahan daripada pihak atasan untuk berbuat demikian.
Bernama difahamkan sebahagian besar petugas media tempatan dan orang ramai, dikatakan telah menunggu sejak pukul 4 petang tadi, bagi memasuki Kompleks Sukan New Clark City, namun dihalang anggota keselamatan yang bertugas di pintu masuk kompleks sukan berkenaan.
Seorang anggota keselamatan yang enggan namanya didedahkan, mendakwa arahan untuk menghalang orang ramai dan petugas media yang hadir menyaksikan nyalaan obor berkenaan, adalah keputusan pihak atasan.
"Saya tidak tahu, tetapi kami terima arahan daripada pihak atasan untuk tidak membenarkan mana-mana pihak untuk datang ke kompleks sukan ini untuk upacara nyalaan obor," katanya.
Upacara nyalaan obor Sukan SEA 2019 dijadualkan akan diadakan di Stadium Olahraga New Clark City yang terletak di dalam kawasan kompleks sukan berkenaan, yang turut menempatkan Pusat Akuatik dan Perkampungan Sukan Clark.
Upacara nyalaan obor berkenaan diadakan bersempena dengan upacara pembukaan rasmi Sukan SEA 2019 di Philippine Arena, Manila yang dijangka dirasmikan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 30 2019
Petugas media dan orang ramai dihalang anggota keselamatan bertugas. -Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Sukan SEA ke-30: Media, orang ramai dihalang sertai upacara nyalaan obor
Media menunggu sejak pukul 4 petang tadi, bagi memasuki Kompleks Sukan New Clark City, namun dihalang anggota keselamatan yang bertugas di pintu masuk.