awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar yakin nilai dagangan Malaysia–Turkiye mampu capai AS$10 bilion lebih awal
Terbuka Malaysia: Pearly-Thinaah akhiri badi, ulangi aksi final Sukan SEA Thailand 2025
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Petinju negara pulang dengan gangsa

Bernama
Bernama
06/12/2019
21:12 MYT
Sukan SEA: Petinju negara pulang dengan gangsa
Muhamad Fuad tewas dalam perlawanan kategori Bawah 49kg kepada peserta tuan rumah Carlo Paalam 5-0 menerusi keputusan sebulat suara oleh para pengadil selepas mendapat 'bye' pada suku akhir. -Foto Bernama
Petinju negara Muhamad Fuad Mohd Redzuan hanya mampu meraih pingat gangsa selepas tewas dalam perlawanan separuh akhir Sukan SEA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina, pada Jumaat.
Petinju berusia 28 tahun itu tewas dalam perlawanan kategori Bawah 49kg kepada peserta tuan rumah Carlo Paalam 5-0 menerusi keputusan sebulat suara oleh para pengadil selepas mendapat 'bye' pada suku akhir.
Carlo adalah lawan yang ditewaskan oleh Fuad pada separuh akhir Sukan KL 2017 yang berkesudahan beliau menang pingat emas.
Bagaimanapun, semasa ditemui selepas perlawanan itu, Muhamad Fuad menyatakan tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan mendakwa pengadil berat sebelah.
"Fokus saya terganggu pada awal oleh kerana pengadil.... Pengadil tak patut berikan saya standing count pada awal first round, pengadil hanya boleh berbuat demikian jika pukulan kena tepat, tetapi saya sedang defend dengan baik tadi.
"Perkara itu telah menjejaskan aksi saya dan saya hanya mampu dapatkan balik rentak saya pada pusingan ketiga, tetapi sudah terlambat.
"Sukan tinju macam inilah, kalau bukan judge, referee akan lakukannya apabila fight dengan tuan rumah," katanya.
Selepas mengambil bahagian dalam U-49kg selama 10 tahun, Muhamad Fuad kini mahu beralih ke kategori yang lebih berat lagi, U-52kg untuk mencuba nasib bagi kelayakan Olimpik, memandangkan kategori rendah tidak disenaraikan bagi Olimpik.
Sementara itu, seorang lagi petinju negara, Aswan Che Azmi juga tewas kepada seorang lagi petinju Filipina, Feliz Marcia Eumir dalam kategori lelaki U-75kg.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Carlo Paalam
#gangsa
#Muhamad Fuad Mohd Redzuan
#petinju negara
#Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina
#Sukan SEA Filipina 2019
#tewas dalam perlawanan separuh akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan