Pemain yang ditunggu-tunggu, Wan Kuzain Wan Kamal yang berpangkalan di Amerika Syarikat, akhirnya menyertai latihan pasukan Bawah 22 (B-22) kebangsaan, pada Isnin.
Pemain 21 tahun yang lahir di Carbondale, Illinios, Amerika Syarikat itu, sebelum ini dilaporkan menghadapi masalah dokumentasi dan juga pasportnya.
Bagaimanapun pemain tengah setinggi 178 sentimeter yang bermain untuk Sporting Kansas City di Liga Bola Sepak Utama Amerika (MLS), tiba di Malaysia untuk menyertai persiapan menghadapi Sukan Sea 2019.
"Ini sesuatu yang amat bermakna ... Setiap kali anda bermain untuk pasukan kebangsaan, anda bukan sahaja mewakili diri ataupun keluarga, anda mewakili seluruh negara. Harapannya saya akan dapat tunjukkan dan pakai jersi ini dengan bangganya.
"Tidak sabar untuk memulakan latihan dan lihat bagaimana. Saya akan lakukan yang terbaik, kerja keras, bersaing, dan lakukan apa yang saya boleh dan akan lihat apa yang akan terjadi," katanya kepada wartawan ketika sesi latihan di Arena MPSJ, Subang Jaya di sini pada Isnin.
Wan Kuzain berhasrat membantu pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee, untuk memenangi semula pingat emas Sukan SEA, selepas tewas kepada Thailand pada edisi 2017.
"Saya rasa setiap kali kita bermain bola sepak dan mana-mana pasukan pun mahu untuk menang, saya tidak lihat sebab kenapa kita tidak boleh (menang). Semua (dalam pasukan) baik dan mesra, saya telah memperkenalkan diri kepada semua, sehingga kini semuanya baik.
"Saya mahu tunjukkan diri saya sebagai seorang pemain yang tenang, pengatur di bahagian tengah... saya boleh bermain pada mana-mana posisi, sama ada bertahan, tengah ataupun serangan, boleh menentukan pergerakan permainan dan memulakan gerakan. Boleh menentukan gerakan akhir, mencipta peluang dan yang paling penting sekali, seorang yang akan menjadi rakan sepasukan yang baik dan bekerja keras," katanya mengambarkan dirinya.
Sementara itu Kim Swee percaya pengalaman Wan Kuzain akan dapat dimanfaatkan pasukan kebangsaan dalam masa panjang.
"Kita perlu berikan beliau masa kerana dia baru tiba. Pertamanya, tentu sekali kita mahu lihat bagaimana dia boleh berkombinasi dengan pemain lain atas padang dan kita tahu yang pemain tengah dari pasukan kebangsaan akan sertai kita selepas perlawanan menentang Indonesia (pada Selasa), apabila pemain ini sertai kita, kombinasi antara mereka amat penting sekali.
"Pada masa yang sama, di luar padang di mana beliau perlu bergaul dengan masyarakat tempatan atau bersama pemain dan ini amat penting untuk pembinaan pasukan dalam padang," katanya.
Kim Swee kini mempunyai 25 pemain, manakala tujuh lagi akan menyertai pasukan selepas tamat tugas mereka bersama pasukan kebangsaan pada Rabu, dijangka menamakan senarai terakhir 20 pemain hujung minggu ini sebelum berlepas ke Manila.
"Jadi semua akan bekerja keras, di mana anda tahu hanya 20 pemain yang akan terpilih ke Manila. Saya tidak boleh bawa semua orang, dan saya tidak mahu mempunyai kumpulan pemain yang besar, di mana ia tentunya akan berikan saya sedikit masalah dalam latihan dan menumpukan kepada semua pemain.
"Pada minggu terakhir persediaan, saya perlu lihat beberapa posisi, di mana perlu pastikan yang kita perlu ada pemain yang stabil, di satu atau dua posisi," katanya.
Diundi dalam Kumpulan A, Malaysia akan memulakan kempen bertemu Myanmar pada Isnin, diikuti Filipina (29 Nov), Timur Leste (2 Dis) dan Kemboja (4 Dis). Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Memorial Rizal, Manila.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 18 2019
Wan Kuzain berhasrat membantu pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee, untuk memenangi semula pingat emas Sukan SEA, selepas tewas kepada Thailand pada edisi 2017. - Bernama
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Ramai serbu Jalan TAR tapi belum cukup meriah
Saban tahun, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) meriah tatkala menghampiri Hari Raya Aidilfitri namun tahun ini, selepas lebih dua minggu Ramadan, suasananya masih belum cukup meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
YouTube uji penggunaan AI untuk elak anda bosan, lompat ke bahagian menarik
Ia akan mengambil kira corak tontonan seseorang dan seterusnya melalui integrasi AI membawanya ke bahagian yang dia akan suka tonton.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Satu mayat ditemukan dalam sungai susulan jambatan di Baltimore runtuh
Perlanggaran pada awal Selasa itu menyebabkan beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang sejuk.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Majlis Keselamatan PBB tuntut gencatan senjata segera di Gaza tanpa veto AS
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menuntut gencatan senjata segera antara Israel dan Hamas.
Hampir separuh penyelidik AI terbaik dunia berasal dari China
AS mengekang akses kepada cip terkini China bagi memastikan status sebagai negara dengan kemajuan teknologi terkini tidak akan dipintas.
PBB sebulat suara lulus resolusi kawal AI
Perhimpunan Agung PBB sebulat suara menerima pakai resolusi global pertama mengenai kecerdasan buatan atau (AI).
Presiden Joe Biden anugerah geran, pinjaman RM94.8 bilion kepada Intel
Presiden Joe Biden menyerahkan geran dan pinjaman hampir $20 bilion (RM94.8 bilion) kepada Intel sekali gus merupakan peruntukan terbesar kerajaan Amerika Syarikat (AS) dalam pemberian subsidi.
Ukraine perlu perkuat pertahanan udara - Volodymyr Zelenskiy
Ukraine perlu memperkuat pertahanan udaranya untuk menghentikan serangan Rusia ke wilayah Sumy yang bersempadan dengan Rusia pada Selasa.