Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memuji inisiatif kerajaan negeri Sarawak yang membina dan membaiki sendiri infrastruktur serta kemudahan sukan bagi Sukan Malaysia (Sukma) Ke-18 Julai ini.
Beliau berkata hampir kesemua venue kecuali gelanggang skuasy di Kompleks Sukan Petrajaya telah dibina dan ditanggung sendiri oleh kerajaan negeri tanpa bantuan daripada kerajaan pusat.
"Ini mengesahkan komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan sukan di negeri Sarawak dan ini juga kali pertama di mana hampir kesemua kos pembangunan dan kemudahan dibiayai oleh tuan rumah," katanya kepada media setelah mengadakan lawatan rasmi ke tapak pertandingan Sukma di Kompleks Sukan Petra Jaya di sini, pada Jumaat.
Kira-kira 9,000 atlet negara dan negara jiran Brunei Darussalam akan bertanding di dalam kejohanan itu.
Majoriti acara akan diadakan di Kuching manakala Sibu akan menjadi hos kepada sukan badminton dan bola tampar sementara karate, sepak takraw dan layar akan diadakan di Miri.
Khairy berkata segala kerja-kerja persiapan terutamanya dari aspek prasarana seperti venue pertandingan telah dirancang secara teratur dan kini di peringkat akhir.
"Saya sangat berpuas hati dengan persiapan kali ini, hampir kesemua kemudahan dan infrastruktur sudah hampir siap dan cuma memerlukan 10 ke 20 peratus yang terakhir untuk dilengkapkan.
"Ini bukan satu masalah kerana kita masih mempunyai beberapa bulan sebelum acara bermula dan kita harapkan semua kemudahan ini akan mendapat pengesahan daripada badan persatuan sukan supaya boleh digunakan," katanya.
Beliau berkata semua pihak perlu kembali kepada tujuan asal penubuhan Sukma iaitu sebagai platform bagi melahirkan dan membangunkan pelapis negara.
"Contohnya pada sukan SEA yang lepas kita boleh melihat kebangkitan pelapis negara yang menyumbangkan banyak pingat emas untuk kontinjen kita," katanya.
Bernama
Fri Apr 22 2016
KHAIRY: Hampir kesemua venue kecuali gelanggang skuasy di Kompleks Sukan Petrajaya telah dibina dan ditanggung sendiri oleh kerajaan negeri.
Kajian UNICEF: Aspek paling parah dalam kemiskinan
'Ranjau Sepanjang Jalan'', tinjauan berulang tentang impak kos sara hidup pasca pandemik terhadap isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur', yang dijalankan UNICEF dari 14 Oktober 2023 hingga 16 November 2023. Bagaimana untuk mengenal pasti setiap dimensi dalam kemiskinan yang kritikal di Malaysia dan apakah persediaan yang perlu dilakukan?
Bersama Ketua Penyelidik, Kajian UNICEF, Dr Muhammed Abdul Khalid.
Bersama Ketua Penyelidik, Kajian UNICEF, Dr Muhammed Abdul Khalid.
Farhan idam Piala Dunia selepas lebih 15 tahun dalam skuad kebangsaan
Selepas lebih 15 tahun berada dalam skuad kebangsaan, Farhan Adam atau lebih mesra dengan panggilan Emon memasang impian besar untuk menjulang Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di hadapan peminat tanah ai
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan dolar AS kekal kukuh.
Lelaki sedar dari koma selepas 10 tahun
Sun Hongxia enggan berputus asa menjaga suaminya yang mengalami kondisi sedemikian selepas terkena serangan jantung.
Akaun 3 KWSP: Tahap celik kewangan pencarum perlu dipertingkat
Pencarum KWSP perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi agar tidak sewenang-wenangnya membuat pengeluaran caruman Akaun 3.
Tentera Israel adakan latihan tembakan di Golan Heights
Latihan itu berlaku ketika pertempuran semakin memuncak di pinggir Rafah dengan kerahan tentera Israel semakin bertambah.
AWANI Pagi: ASCI cabar minda pemain ‘scrabble’
AWANI Pagi bawakan perbincangan berkenaan pertandingan scrabble yang akan diadakan di Universiti Malaya.
Tukang rumah cedera tertusuk besi jatuh lori
Batang besi sepanjang 0.75 meter menembusi lengan dan terkena rusuk kiri Jamaludin Amin.
Wanita Israel tuntut pembebasan 130 tebusan di Gaza
Demonstrasi jalanan menentang kerajaan oleh keluarga dan penyokong daripada lebih 130 tebusan yang masih ditahan di Gaza masih diteruskan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 Mei 2024]
[LANGSUNG] #AWANIpagi | 9 Mei 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad dan Azib Zikry
- Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’,
- Kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berisiko berulang - ILAM
- Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
#AWANInews #AWANIPagi
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad dan Azib Zikry
- Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’,
- Kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berisiko berulang - ILAM
- Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
#AWANInews #AWANIPagi
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.