awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukma: Syed Saddiq umum Kelantan tuan rumah edisi 2024

Astro Arena
Astro Arena
20/02/2020
21:46 MYT
Sukma: Syed Saddiq umum Kelantan tuan rumah edisi 2024
SYED SADDIQ: Ini peluang terbaik Kementerian Belia dan Sukan untuk membina kemudahan sukan di Kelantan. - Gambar fail
KELANTAN diberi penghormatan untuk muncul sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) buat julung kalinya menerusi penganjuran bagi edisi 2024.
Keputusan itu terhasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma 2020 di Putrajaya pada Khamis.
"Ini kali pertama Kelantan menjadi penganjuran Sukma.
"Ini peluang terbaik buat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membina kemudahan (sukan) di Kelantan kerana sudah lama dianak tirikan.
"Peruntukan Sukma ini bukan kecil, iaitu RM2 juta di Perak dan Johor. Ini satu pembangunan sukan buat Kelantan.
"Mereka berhak dan kami gembira untuk berunding dengan mereka," kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang ditemu bual wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, di pejabatnya di Putrajaya pada Khamis.
Kelulusan Kelantan sebagai tuan rumah edisi 2024 akan turut diperincikan menerusi perbincangan di antara kerajaan pusat dan negeri.
BACA: Kelantan akan mohon penganjuran Sukma pada 2024
VIDEO: Kelantan bida SUKMA 2024
Dalam pada itu, profil acara angkat berat Sukma 2020 di Johor akan diperluaskan.
Tujuh acara lelaki dan tujuh acara wanita akan diselaraskan mengikut piawaian pertandingan antarabangsa.
"Akhirnya kami bersetuju untuk mengikut piawaian pertandingan antarabangsa.
"Ia untuk memastikan bahawa kami memberi ruang sepenuhnya kepada atlet angkat berat."
Topic Berkaitan
#KBS
#Kelantan
#kemudahan sukan
#Putrajaya
#SUKMA
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#tuan rumah Sukma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan