awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor kurnia tanah untuk bangun Bandar Sukan JDT

Bernama
Bernama
24/01/2016
02:00 MYT
Sultan Johor kurnia tanah untuk bangun Bandar Sukan JDT
Sultan Johor turut berkenaan memberikan sejumlah dana kepada pasukan JDT untuk membiayai pembinaan stadium baharu.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan tanah seluas 28 hektar pemberian kerajaan negeri untuk dijadikan Bandar Sukan Johor Darul Ta'zim.
Mengumumkan demikian semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Ismail Karim berkata: "Ia (Bandar Sukan JDT) akan menjadi pusat sukan di mana akan ada tempat untuk semua jenis sukan di bawah nama JDT.
"Terdapat juga kemudahan-kemudahan lain seperti Hotel JDT, Apartment JDT dan Pusat Membeli-belah JDT," kata beliau.
Ismail, menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, memaklumkan bahawa Sultan Ibrahim turut berkenaan memberikan sejumlah dana kepada pasukan JDT untuk membiayai pembinaan stadium baharu.
Lokasi stadium itu dipercayai di Nusajaya.
Ismail yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor bagaimanapun tidak menyatakan jumlah dana tersebut.
Ismail berkata walaupun ramai pihak yang mengkritik usaha pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk membangunkan pasukan JDT menjadi antara kelab yang disegani di Asia, usaha baginda kini mendatangkan hasil lumayan kepada pasukan selatan tanah air itu.
Pada 10 Januari lepas, Sultan Ibrahim dilaporkan berkenan memberikan dana sejumlah RM50 juta kepada JDT kerana gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan penting menyatupadukan 'Bangsa Johor' serta mengharumkan nama Johor di persada dunia.
Selang beberapa hari kemudian, Tunku Ismail mengumumkan suntikan dana tambahan sebanyak RM50 juta bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan skuad Harimau Selatan itu.
Pada 31 Okt lepas, JDT mencipta sejarah bila berjaya menjadi kelab pertama dari Malaysia muncul juara Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hasil kemenangan tipis 1-0 ke atas wakil Tajikistan, FC Istiklol.
Topic Berkaitan
#bandar sukan
#JDT
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan