awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Mizan undur dari Sukan SEA KL

Bernama
Bernama
12/08/2017
09:23 MYT
Sultan Mizan undur dari Sukan SEA KL
Menurut Beng Choo, Sultan Mizan (gambar) menjalani latihan dengan gigih setiap hari dan keputusan untuk menarik diri adalah sesuatu yang paling sukar diambil. - Gambar fail
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menarik diri pada saat akhir daripada beraksi dalam perlumbaan kuda lasak di Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang membuka tirai minggu depan.
Setiausaha Kehormat, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo berkata Sultan Mizan mengambil keputusan itu demi kebaikan pasukan kerana kuda yang bakal ditunggangnya itu tidak berada dalam keadaan baik.
"Kami memuji baginda yang memikirkan kepentingan pasukan dan membiarkan rakan sepasukannya meneruskan perjuangan dengan kuda yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat majlis eksekutif MOM, di sini hari ini.
Menurut Beng Choo, Sultan Mizan menjalani latihan dengan gigih setiap hari dan keputusan untuk menarik diri adalah sesuatu yang paling sukar diambil.
Sebelum ini, Sultan Mizan dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin disenaraikan untuk mengambil bahagian dalam acara kuda sempena KL2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KL2017
#Low Beng Choo
#Majlis Olimpik Malaysia
#perlumbaan kuda lasak
#Sukan SEA
#Sultan Mizan Zainal Abidin
#Sultan Terengganu
#tarik diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan