awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarikh Sukan Olimpik Tokyo 2021 perlu ditetapkan segera

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2020
23:48 MYT
Tarikh Sukan Olimpik Tokyo 2021 perlu ditetapkan segera
Yoshiro Mori bercakap pada satu sidang media di Tokyo, Jepun, 24 Mac, 2020. REUTERS/Fail
Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo menegaskan, tarikh temasya yang ditunda kepada 2021 perlu ditetapkan secepat mungkin.
Setakat ini, jawatankuasa tersebut sudah menubuhkan pasukan khas untuk membantu melancarkan pelan temasya sukan itu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Toshiro Muto, penentuan tarikh baharu amat penting bagi memastikan keputusan dapat dibuat mengenai perkara berkaitan yang lain.
"Kita mesti buat keputusan ini segera, jika tidak, susah untuk memutuskan perkara lain selepas ini," katanya di hadapan 30 pengarah kanannya, selepas satu mesyuarat di sini, pada Khamis.
Muto kemudiannya menyebut rentetan perkara yang perlu diselesaikan, termasuk isu tiket, keselamatan, venue, peralatan, penginapan, Perkampungan Atlet, pengangkutan dan pengambilan sukarelawan.
Katanya, beliau berdepan "ribuan kontrak" dan kepentingan pihak penyiar, penaja, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), persekutuan sukan dunia dan jawatankuasa Olimpik kebangsaan.
"Saya tidak menyangka kita akan diuji sebegini," akui Muto.
Sementara itu, presiden Olimpik Tokyo Yoshiro Mori bercakap mengenai keperluan mengubah semula apa yang telah dirancang selama tujuh tahun sebelum ini, dalam masa beberapa bulan akan datang.
"Jujur saya katakan, temasya sukan ini sudah dirancang sejak tujuh tahun lalu. Dan apabila ia hampir-hampir direalisasikan, ia ditunda dalam masa sekelip mata. Ini bermakna, ia perlu rancang semula kesemuanya.
"Kesusahan yang dihadapi ketika ini adalah untuk merancang semua yang kita telah lakukan sejak tujuh tahun lalu dalam masa setengah tahun sahaja. Semua kita di sini akan melalui pengalaman yang lebih sukar berbanding sebelum ini," katanya.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri Abe Shinzo dan Presiden IOC Thomas Bach bersetuju menunda Sukan Olimpik Tokyo 2020 ke musim panas 2021 berikutan pandemik COVID-19.
Mengikut jadual asal, temasya sukan itu akan berlangsung mulai 24 Julai hingga 9 Ogos ini.
Topic Berkaitan
#Abe Shinzo
#COVID-19
#Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
#koronavirus
#Olimpik
#pandemik
#Sukan Olimpik Tokyo 2020
#Sukan Olimpik Tokyo 2021
#tangguh
#tarikh baru
#Tokyo
#Toshiro Muto
#tunda
#wabak
#Yoshiro Mori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan