awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut dirempuh van Siam langgar lampu isyarat merah
[TERKINI] Bung Moktar bebas kes rasuah RM2.8 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang anggaran KDNK suku keempat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Hagibis : Penganjur F1 sedia berhadapan segala kemungkinan di GP Jepun

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
10/10/2019
05:53 MYT
Taufan Hagibis : Penganjur F1 sedia berhadapan segala kemungkinan di GP Jepun
Menurut Ketua-ketua F1, pihaknya kini sedang cuba meminimumkan gangguan kepada jadual Grand Prix Suzuka, Jepun itu. - Gambar fail/BERNAMA
Taufan Hagibis yang diramalmelanda Jepun pada Sabtu ini, mencetuskan kebimbangan buat penganjur perlumbaan Formula One (F1) susulan taufan berkenaan dijangka mampu memberi kesan kepada Kejohanan Grand Prix Jepun.
Hal ini kerana, angin ribut berserta hujan lebat boleh menganggu kelancaran kejohanan terutamanya keadaan basah di litar.
Menurut penganjur F1, pihaknya kini sedang cuba meminimumkan gangguan kepada jadual Grand Prix Suzuka, Jepun itu.
Ramalan semasa menyatakan bahawa Hagibis bakal membuat pendaratan di beberapa lokasi pada Sabtu dengan kelajuan angin melebihi 161 kilometer sejam.
Malah, dikhabarkan, beberapa kawasan pantai di negara itu juga mungkin dilanda banjir.
Sebelum ini, pihak penganjur Piala Dunia Ragbi secara rasmi mengeluarkan kenyataan bahawa dua perlawanan pada Sabtu depan dibatalkan.
Bagaimanapun, F1 masih menimbang semua kemungkinan untuk membuat keputusan sama ada pihaknya perlu mengambil tindakan sama di kejohanan Grand Prix Suzuka itu.
Dalam satu kenyataan bersama pada Khamis, Pertubuhan Automobil Antarabangsa (FIA), F1 dan Litar Suzuka berkata pihaknya sedang memantau keadaan Taudan Hagibis dan impaknya terhadap perlumbaan Formula One Grand Prix 2019.
"Segala usaha sedang dilakukan untuk meminimumkan gangguan pada jadual Formula 1, namun keselamatan para peminat, pesaing dan semua orang di Litar Suzuka tetap menjadi keutamaan kami.
"Pihak kami akan terus mengawasi keadaan dan akan memberikan perkembangan dari masa ke semasa dalam masa terdekat ini,” jelas kenyataan itu.
Taufan Hagibis dijangka memberi kesan besar kepada Bandar Suzuka pada Sabtu ini, sebelum bergerak ke arah utara untuk menuju ke Tokyo.
Pada tahun 2004, satu taufan telah memaksa pegawai-pegawai Grand Prix Jepun menghentikan perlumbaan sehari sebelum pusingan kelayakan .
Topic Berkaitan
#banjir
#F1
#Grand Prix
#Jepun
#Kejohanan Formula One Grand Prix 2019
#keselamatan
#Litar Suzuka
#Piala Dunia
#piala dunia ragbi
#Suzuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan