awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Nurul Nazla ditemui selamat
Liga Super: JDT buka tirai tahun 2026 tewaskan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tenis, saya ucapkan selamat tinggal' - Maria Sharapova umum bersara

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
26/02/2020
15:00 MYT
'Tenis, saya ucapkan selamat tinggal' - Maria Sharapova umum bersara
Pengumuman yang penuh beremosi itu dibuat menerusi satu penulisan ekslusif oleh Sharapova yang dikongsikan kepada Vanity Fair pada Rabu. - Reuters
SELEPAS 28 tahun beraksi dalam gelanggang tenis, bintang yang berasal dari Rusia, Maria Sharapova akhirnya bersara.
Sharapova yang pernah merangkul gelaran Grand Slam sebanyak lima kali sepanjang kerjayanya, mengumumkan persaraannya itu pada usia 32 tahun.
Pengumuman yang penuh beremosi itu dibuat menerusi satu penulisan ekslusif oleh Sharapova yang dikongsikan kepada Vanity Fair pada Rabu.
"Saya telah memberikan seluruh hidup saya kepada tenis dan tenis telah memberikan satu kehidupan kepada saya. Saya akan rindukan setiap saat dalam dunia tenis," katanya.
Menurutnya, faktor kesihatan merupakan punca utama baginya untuk membuat keputusan mengakhiri kariernya itu.
Maria Sharapova is leaving tennis. In an exclusive essay for Vanity Fair and Vogue, the tennis legend reflects on her career, looks to her future, and asks: How do you leave behind the only life youve ever known? https://t.co/q2UO5INjFI
— VANITY FAIR (@VanityFair) February 26, 2020
Beliau yang juga bekas pemain tenis nombor satu dunia, mendakwa bahawa kecederaan bahu yang dialaminya itu membuatkan dirinya terpanggil untuk bersara daripada dunia tenis.
Sebelum ini, Sharapova juga pernah mendedahkan bahawa beliau ingin bersara selepas tamatnya sukan Olimpik 2016 di Rio.
Untuk rekod, Sharapova pernah digantung 15 bulan akibat kegagalan ujian doping ketika dalam saingan Terbuka Australia tahun 2016.
Topic Berkaitan
#Australia
#bersara
#Grand Slam
#Maria Sharapova
#tenis
#tennis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan