Ibarat mimpi jadi kenyataan.

Demikian ujar Sofia Kenin, bintang tenis muda Amerika Syarikat sejurus menewaskan pemain nombor satu dunia Ashleigh Barty dalam saingan separuh akhir Terbuka Australia hari ini.

Kenin, 21, lakar sejarah apabila mengetepikan bintang kelahiran Queensland itu untuk mara ke pusingan akhir buat kali pertama dalam jelajah Grand Slam.

Menerusi temu bual selepas perlawanan tersebut, Kenin akui bukan mudah untuk cipta kemenangan ke atas pemain hebat seperti Barty.

“Dia merupakan pemain yang bagus dan itu sebabnya dia berada pada kedudukan nombor satu,” ujarnya.

Menerusi pertemuan dengan Barty di Rod Laver Arena, Kenin menang mudah 7-6 dan 7-5 ke atas Barty yang juga setakat ini berjaya rangkul satu trofi Grand Slam menerusi Terbuka Perancis 2019.

Bagi juara dua kali jelajah Grand Slam, Garbine Muruguza, 26, yang juga pertama kali mara ke peringkat akhir Terbuka Australia, saingan diberikan Simona Halep di peringkat separuh akhir bukan mudah.

Namun bintang Sepanyol yang berada di ranking ke-32 ini berjaya menjinakkan Halep yang juga pemain nombor tiga dunia dengan catat kemenangan 7-6 dan 7-5.

Katanya lagi dalam setiap perlawanan yang berjaya diharunginya nyata bukan mudah untuk meletakkan sasaran berada di peringkat akhir dalam setiap perlawanan.

“Setiap hari adalah aksi yang berbeza, anda perlu mendepaninya,” ujarnya ketika ditemu bual sejurus aksi gemilangnya di Rod Laver Arena.

Muruguza kini dalam misi memburu kejuaraan Grand Slam ketiganya selepas berjaya rangkul trofi tersebut pada Terbuka Perancis 2016 dan Terbuka Wimbledon 2017.