awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Australia: Federer ketepi cabaran Millman dalam kemenangan ke-100

Astro Arena
Astro Arena
25/01/2020
01:02 MYT
Terbuka Australia: Federer ketepi cabaran Millman dalam kemenangan ke-100
Roger Federer meraikan kejayaan menewaskan John Millman dari Australia dalam pusingan ketiga perlawanan tenis Australia Terbuka di Melbourne, Australia, 24 Jan, 2020.(Foto AP)
ROGER Federer menampilkan kebangkitan epik dalam dalam aksi penentuan kelima untuk mengetepikan cabaran getir John Millman dan mara ke pusingan keempat Terbuka Australia pada Jumaat.
Hari kelima menyaksikan Serena Williams, Naomi Osaka dan Stefanos Tsitsipas ditimpa kekalahan mengejut dan skrip sama tampak bakal berlaku ketika Millman mendahului 8-4 dalam set penentuan.
Sebelum ini, Millman menewaskan Federer dalam Terbuka Amerika Syarikat 2018 sambil pemenang 20 kali grand slam itu turun beraksi selepas tewas dalam tiga aksi melibatkan lima set sebelum ini.
Namun, Federer mengutip enam mata berturut-turut, dengan pukulan kilasnya mengesahkan kemenangan 4-6, 7-6, (7-2), 6-4, 4-6, 7-6 (10-8) dalam kejayaan ke-100 di Melbourne Park dan menempah tiket pusingan 16 menentang Marton Fucsovics.
Set pertama jelas bukan aksi sebenar yang ditampilkan Federer.
Dia melakukan 14 kesilapan ketika pembukaan dan dua kesalahan membolehkan Millman meraih pendahuluan.
Millman memiliki kelebihan mata akhir dalam set kedua tetapi Federer mengheretnya ke aksi penentuan sebelum bintang Switzerland itu menyamakan kedudukan dan permainan di jaring membolehkannya meraih pendahuluan 6-1.
Situasi sama berulang dalam set ketiga apabila Federer gagal mengekang rentak cemerlang Millman sehingga game ke-10, di mana dia menggunakan kesempatan hasil kesilapan pukulan jauh wakil tuan rumah itu untuk mengawal perlawanan.
Namun, walaupun melakukan beberapa kesilapan, Millman mempamerkan kehebatan untuk mengejutkan Federer dan meraih mata break sebelum memenangi rally panjang yang diakhiri bintang Switzerland itu dengan pukulan ke jaring.
Federer mendahului 30-0 dalam aksi berikutnya tetapi empat kesilapan berturut-turut membolehkan Millman mengekang kemaraannya sebelum mengheret perlawanan ke aksi penentuan dalam set kelima.
Kesilapan berulang Federer membolehkan Millman memiliki kelebihan dalam set penentuan dan walaupun kedudukan terikat 3-3, wakil tuan rumah itu di landasan terbaik untuk mengulangi pencapaian dua tahun lalu dalam aksi penentuan.
Malah, Millman dilihat memiliki kelebihan daripada segi kecergasan dan dia hanya dibezakan dua mata dengan kemenangan.
Bagaimanapun, Federer -- yang masih beraksi pada usia 38 tahun -- menampilkan aksi yang tidak akan dilupakan untuk menamatkan pertembungan epik selama empat jam tiga minit itu selepas pukulan kilasnya banyak menafikan voli daripada Millman.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Australia
#Australia Terbuka
#Grand Slam
#Melbourne
#Roger Federer
#Serena Williams
#Switzerland
#tenis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan