SUKAN
Terbuka AS: Naomi Osaka tewaskan Serena Williams

Naomi Osaka mengucup trofi Terbuka AS selepas mengalahkan Serena Williams pada hari ke-13 kejuaraan itu di New York, AS, 8 Sept, 2018. Robert Deutsch-USA TODAY Sports / REUTERS
Naomi Osaka melakar sejarah selepas menjadi pemain Jepun pertama memenangi kejuaraan Grand Slam.
Ini selepas beliau menewaskan pemain Amerika Syarikat, Serena Williams 6-2, 6-4 dalam perlawanan akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu waktu tempatan.
Osaka menguasai perlawanan tersebut dan selepas memenangi set pertama, kekecohan tercetus di Stadium Arther Ashe.
Jurulatih Serena, Patrick Mouratoglou didapati memberi isyarat tangan kepada Serena yang menyalahi undang-undang permaian.
Serena bukan sahaja hilang fokus malah mengherdik pengadil dengan kata-kata kesat yang menjadi antara punca kekalahannya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami