awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Thailand: Cabaran Malaysia berakhir

Bernama
Bernama
13/07/2018
21:15 MYT
Terbuka Thailand: Cabaran Malaysia berakhir
Harapan Sonia Cheah (gambar) untuk melakarkan kejutan tidak kesampaian apabila tewas kepada Pusarla V. Sindhu dari India. - Gambar fail
Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2018 berakhir selepas pemain perseorangan wanita, Sonia Cheah dan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di suku akhir, malam tadi.
Aksi di Stadium Nimibutr di sini menyaksikan Chia-Wooi Yik gagal meneruskan kemaraan apabila tunduk 14-21, 12-21 kepada pasangan tuan rumah, Bodin Issara dan Maneepong Jongjit dalam pertarungan selama 38 minit.
Terdahulu, harapan Cheah, pemain nombor satu negara, untuk melakarkan kejutan tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain India, Pusarla V. Sindhu, yang juga pilihan kedua kejohanan, 17-21, 13-21 dalam saingan selama 36 minit.
Sementara itu, pemain wanita nombor dua dunia, Akane Yamaguchi dari Jepun, gagal melepasi peringkat suku akhir apabila dikejutkan oleh pemain nombor 12 dunia, Zhang Beiwen dari Syarikat Amerika, 21-14, 19-21, 19-21 dalam pertarungan selama 50 minit.
Kejohanan tersebut menawarkan hadiah wang tunai US350,000 (kira-kira RM1.4 juta).
Jadual Separuh Akhir:
Perseorangan Lelaki:
Suppanyu Avihingsanon (THA) mln Tommy Sugiarto (INA)
Kanta Tsuneyama (JPN) mln Sony Dwi Kuncoro (INA)
Perseorangan Wanita:
[7] Zhang Beiwen (USA) mln [4] Nozomi Okuhara (JPN)
Gregoria Mariska Tunjung (INA) mln [2] Pusarla V. Sindhu (IND)
Beregu Lelaki:
Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe (JPN) mln Bodin Issara-Maneenpong Jongjit (THA)
[1] Takeshi Kamura-Keigo Sonoda (JPN) mln [3] Takuto Inque-Yuki Kaneko (JPN)
Beregu Wanita:
[5] Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai (THA) mln [3] Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi (JPN)
[4] Greysia Poli-Apriyani Rahayu (INA) mln [2] Shiho Tanaka-Koharu Yonemoto (JPN)
Beregu Campuran:
[8] Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja (INA) mln Lu Kai-Chen Lu (CHN)
[1] Chris Adcock-Gabrielle Adcock (ENG) mln [3] Wang Chi-Lin-Lee Chia hsin (TPE).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#India
#Malaysia
#Sonia Cheah
#Terbuka Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan