Kontinjen Terengganu muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 Perak selepas berjaya mengumpul 56 pingat emas, 51 perak dan 53 gangsa.
Ini merupakan kali kelima kontinjen dari Pantai Timur itu merangkul gelaran juara keseluruhan Sukma, kejuaraan sebelum ini dilakar pada 2008 di Kuala Terengganu, 2010 di Melaka, 2011 di Pahang dan 2012 di Kuala Lumpur.
Stadium Perak dibuka seawal pukul 5 petang, dengan orang ramai berpusu-pusu memasuki stadium dan mengambil tempat duduk masing-masing menantikan debaran upacara penutupan.
Beberapa persembahan disajikan seperti persembahan akrobatik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), persembahan artis bukan melayu dan beberapa pemuzik tempatan sementara menunggu ketibaan tetamu kehormat.
Anggota kontinjen negeri yang semuanya berjumlah hampir 6,000 atlet dan pegawai, mula memasuki stadium pada pukul 7 malam dengan diiringi dentuman dan kilauan cahaya menyinari ruang angkasa stadium.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mula memasuki ke stadium kira-kira sejam kemudian dengan diiringi Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada Olahragawan dan Olahragawati Sukma Perak 2018, Eugenius Lo Foh Soon dan Azreen Nabila Alias.
Selepas ucapan penutupan oleh timbalan perdana menteri, bendera Sukma diturunkan diiringi dengan lagu tema Sukma dan kemudian diserah kepada wakil dari Johor, Menteri Besar Datuk Osman Sapian selaku tuan rumah Sukma 2020.
Majlis diteruskan dengan persembahan kebudayaan dari Johor, sebagai acara tradisi secara simboliknya mengalu-alukan ketibaan temasya dwitahunan itu di negeri berkenaan.
Majlis berakhir dengan pertunjukan bunga api selama beberapa minit sebelum semua tetamu kehormat beredar meninggalkan majlis.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 22 2018
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (depan dua, kiri) menyampaikan Piala Juara Keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) kepada Negeri Terengganu. - Foto BERNAMA
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Manchester City buka sekolah di Vietnam
Dwight School Hanoi sedia membentuk bakat muda di kampus termaju seluas 41,000 kaki persegi di The Manor Central Park, Hanoi.
KPM proaktif jamin keselamatan pelajar melalui Kod Sukan Selamat
Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa proaktif menjamin keselamatan atlet sekolah dengan penggunaan Kod Sukan Selamat dalam kalangan jurulatih dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti sukan.
Malaysia kekalkan dominasi boling padang Asia
Skuad negara menutup kempen dengan merangkul empat emas, dua perak dan dua gangsa gelaran Asia kesembilan.
Hasrat Johor muncul juara keseluruhan Sukma terus menyala
Menerusi 46 pingat emas yang ditawarkan, 15 daripadanya dirangkul kontinjen Johor.
Aaliyah rangkul dua emas, satu gangsa untuk muncul juara keseluruhan Moomba Master
Atlet ski air remaja negara Aaliyah Yoong Hanifah muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, hari ini.
Puvaneswaran kembali melatih skuad karate negara - Makaf
KPI jurulatih itu ialah mempertahankan status skuad negara selaku juara keseluruhan pada Sukan SEA di Hanoi, hujung tahun ini.
Malaysia juara keseluruhan World Robot Olympiad (WRO) 2018 di Thailand
Kontinjen Malaysia dinobatkan sebagai juara keseluruhan buat kali ketujuh di kejohanan WRO 2018 yang berlangsung di Chiang Mai, Thailand.
Johor tekad rangkul gelaran juara keseluruhan Sukma 2020
Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata kelebihan sebagai tuan rumah temasya sukan itu harus dimanfaatkan sepenuhnya atlet Johor dalam mencapai kejayaan.
Terengganu juara keseluruhan Sukma ke-19 Perak
Kontinjen Terengganu muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 Perak selepas berjaya mengumpul 56 pingat emas, 51 perak dan 53 gangsa.
Ryan Gibbons juarai LTdL 2017
Pelumba Team Dimension Data, Ryan Gibbons dari Afrika Selatan muncul pemenang keseluruhan kejohanan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang berakhir hari ini.