awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli politik veteran UK Galloway puji sokongan Malaysia terhadap Palestin
Sasaran IMF perlu disemak semula susulan impak siklon - Bank Pusat Sri Lanka
Mogok terbesar dalam sejarah New York susulan kegagalan rundingan kontrak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima kasih, Ong Kim Swee ...

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
05/12/2019
08:02 MYT
Terima kasih, Ong Kim Swee ...
Kim Swee sebelum ini berjaya membawa skuad B-22 negara merangkul pingat emas pada edisi 2011 di Jakarta dan pingat perak di Kuala Lumpur pada 2017. - Bernama
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan kontrak ketua jurulatih skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee yang berakhir hujung tahun ini tidak akan disambung.
Perkara itu diumumkan sehari selepas skuad B-22 negara gagal mara ke peringkat separuh akhir.
Sebaik tewas 1-3 di tangan Kemboja, Kim Swee mengumumkan, Edisi 2019 adalah penampilan terakhirnya dalam Sukan SEA.
BACA: Sukan SEA: Skuad B-22 pulang awal, selepas tewas 3-1 menentang Kemboja
Keputusan itu menyaksikan Malaysia terpaksa pulang awal dan seterusnya gagal mengulangi prestasi cemerlang Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur apabila beraksi di pentas final.
Dalam pada itu, ini merupakan kegagalan kedua Kim Swee dalam membawa Malaysia mara ke separuh akhir sepanjang lima edisi Sukan SEA selepas kecundang di peringkat kumpulan pada edisi 2015 di Singapura.
Kim Swee sebelum ini berjaya membawa skuad B-22 negara merangkul pingat emas pada edisi 2011 di Jakarta dan pingat perak di Kuala Lumpur pada 2017.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#Malaysia
#Ong Kim Swee
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#sukan
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan