awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terkesan teruk akibat COVID-19, MASMMAA adakan 'townhall' bersama komuniti MMA

Haider Yutim
Haider Yutim
16/05/2020
16:49 MYT
Terkesan teruk akibat COVID-19, MASMMAA adakan 'townhall' bersama komuniti MMA
Sejak Mac lalu, banyak gim-gim yang menjalankan latihan seni bela diri terpaksa ditutup sementara akibat kebimbangan penularan COVID-19. - Gambar fail
Penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan industri sukan di seluruh dunia terjejas teruk, terutama sekali sukan yang melibatkan kontak seperti tinju dan seni bela diri campuran (MMA).
Justeru, Persatuan Mixed Martial Arts Malaysia (MASMMAA) bakal menganjurkan sesi townhall dalam talian bersama jurulatih dan penggiat MMA bagi mencari penyelesaian menangani impak buruk yang melanda sukan itu ketika ini.
Sejak Mac lalu, banyak acara MMA terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan serta gim-gim yang menjalankan latihan seni bela diri terpaksa ditutup sementara akibat kebimbangan penularan pandemik tersebut.
“Pihak kami, MASMMAA, memahami kesan buruk dan gangguan perniagaan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 terhadap gimnasium anda.
“Wabak ini mendatangkan ketakutan yang nyata. Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan untuk jangka masa yang lama, kemungkinan besar gim-gim terpaksa membuat keputusan yang sukar iaitu menghentikan perniagaan.
“Oleh yang demikian, kami ingin menjemput anda ke mesyuarat townhall kami dalam kapasiti anda sebagai pemilik gim, jurulatih dan atlet komuniti MMA Malaysia,” kata MASMMAA menerusi kenyataan yang dikeluarkan setiausahanya, Brent Yap.
Menurutnya, objektif townhall tersebut adalah untuk komuniti MMA Malaysia mencadangkan kaedah dan garis panduan agar gim-gim dapat terus beroperasi dan tidak terus menanggung kerugian.
“Kami juga berharap perbincangan sebegini dapat mendatangkan hasil demi merangka amalan terbaik dan garis panduan keselamatan untuk ditujukan kepada pihak kerajaan agar membenarkan gim anda dibuka semula dalam masa terdekat,” katanya lagi.
Sesi townhall kendalian MASMMAA itu bakal diadakan pada Ahad, jam 3 petang menerusi aplikasi Zoom.
Sumber Facebook masmmaaofficial
Topic Berkaitan
#Brent Yap
#COVID-19
#MMA
#Persatuan Mixed Martial Arts Malaysia
#PKPB
#townhall
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan