awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thiago tunggu tawaran daripada Perak

Astro Arena
Astro Arena
07/12/2017
15:54 MYT
Thiago tunggu tawaran daripada Perak
Thiago, yang telah bersama Perak selama tiga musim, terpaksa menelan kepahitan bahawa jodohnya bersama Perak akhirnya terlerai. - Astro Arena
PERTAHANAN import baru Felda United, Thiago Junior Aquino, mendedahkan dia sebenarnya masih menunggu tawaran Perak sebelum membuat keputusan menyertai skuad The Fighters bagi mengharungi musim 2018.
Thiago, yang telah bersama Perak selama tiga musim, terpaksa menelan kepahitan bahawa jodohnya bersama Perak akhirnya terlerai.
Biarpun menjadi kesayangan penyokong setia The Bos Gaurus di atas komitmen serta prestasi bersama pasukan selama ini, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mungkin ada perancangan lain.
BACA: Ketua pasukan, Shahrom antara 9 pemain Perak digugur
Jelas Thiago, dia sememangnya memberi keutamaan mahu bersama Perak terlebih dahulu sebelum menerima lamaran Felda.
"Saya telah menunggu tawaran daripada Perak tetapi ejen saya memberitahu tiada tawaran daripada mereka dan kini saya berhijrah ke Felda," katanya.
"Saya gembira kerana sudah memulakan sesi latihan bersama pasukan dan membuat persiapan menghadapi musim hadapan."
Mengenai status terkini Felda yang terpaksa diturunkan ke Liga Perdana, Thiago tidak menghadapi masalah untuk terus bersama pasukan.
Sebagai pemain profesional, dia akan memastikan Felda memenangi apa jua perlawanan dilalui dengan sasaran tiga kejuaraan pada musim 2018.
"Pasukan menjalani latihan yang intensif untuk membiasakan diri dengan taktikal serta strategi yang telah ditetapkan oleh jurulatih," katanya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Felda United
#PAFA
#Persatuan Bolasepak Perak
#Thiago Junior Aquino
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan