Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Sukan

Thiem, kamu pasti akan jadi jaguh Grand Slam satu hari nanti - Djokovic

Thiem, kamu pasti akan jadi jaguh Grand Slam satu hari nanti - Djokovic
Kemenangan ini juga merupakan kemenangan ketujuh Djokovic dalam pertemuan 11 kali dengan Thiem. - Foto Reuters
MELBOURNE: 'Thiem, anda hampir menang perlawanan ini dan anda punya banyak lagi masa untuk memenangi lebih dari satu Grand Slam di masa akan datang."

Itu kata-kata semangat diberikan Juara Terbuka Australia, Novak Djokovic kepada lawannya di perlawanan akhir, Dominic Thiem ketika menerima trofi dan cek kemenangannya.

Menerusi aksi yang penuh dramatik dan mendebarkan itu, Thiem, 26, nyata memukau penonton dengan aksi yang konsisten dan mantap tatkala berdepan dengan bintang tenis handalan dari Serbia ini.

Menerusi pertemuan ke-11 dengan Novak Djokovic, Thiem berjaya menguasai set kedua dan ketiga dengan 6-4 dan 6-2 selepas bermula lemah di set pertama apabila tewas 6-4 ke atas Djokovic.
Bagaimanapun kemaraan juara bertahan ini nyata gagal disekat apabila Djokovic bangkit untuk memenangi set keempat dengan 6-3 seterusnya unggul dengan kemenangan di set penentuan dengan 6-4.

BACA: Novak Djokovic muncul juara Terbuka Australia 2020
Kemenangan ini juga merupakan kemenangan ketujuh Djokovic dalam pertemuan 11 kali dengan Thiem.

Kali terakhir pertemuan mereka dalam siri jelajah Grand Slam adalah pada Terbuka Perancis tahun lalu menyaksikan Thiem berjaya menundukkan Djokovic pada pusingan separuh akhir.

Djokovic mula catat sejarah di Terbuka Australia menerusi kemenangan sulungnya pada 2008 selepas berjaya menjinakkan bintang Perancis, Jo-Wilfred Tsonga.

Kemenangan tersebut juga merupakan kemenangan pertamanya dalam siri jelajah Grand Slam.


Tag: Novak Djokovic, Grand Slam, Dominic Thiem, Australia, Tennis Terbuka Australia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.