Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Sukan

Tiada lagi Arsene Wenger bersama Arsenal...

Tiada lagi Arsene Wenger bersama Arsenal...
Sepanjang berkhidmat untuk Arsenal sejak 1996, Wenger berjaya menjulang kelab itu menjuarai Liga Perdana Inggeris sebanyak tiga kali dan tujuh kali juara Piala FA. - REUTERS/Fail
LONDON: Selepas pelbagai tekanan dan desakan yang meminta Pengurus Arsenal, Arsene Wenger untuk meninggalkan kelab bola sepak itu, akhirnya beliau mengumumkan akan meletak jawatan pada penghujung musim akan datang.

Memetik kenyataan daripada laman web rasmi Arsenal, beliau merasakan sudah sampai waktu yang terbaik untuk melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 1996.

"Saya sangat berbesar hati kerana diberi peluang yang amat bermakna berkhidmat untuk kelab ini.

"Saya menggesa semua penyokong untuk sentiasa berdiri di belakang pasukan sehingga mampu mencapai kejayaan tertinggi. Kepada semua yang menyayangi kelab ini, peliharalah kelab ini," kata beliau.
Tambah beliau, sepanjang perkhidmatannya, beliau menguruskan kelab itu dengan sepenuh-penuh integriti dan komitmen.

Sepanjang Arsenal diterajui oleh Wenger, beliau berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak tiga kali dan tujuh kali juara Piala FA.