awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak perlukan khidmat pakar taktikal, Rajagobal

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2012
14:02 MYT
Tidak perlukan khidmat pakar taktikal, Rajagobal
Ketua jurulatih skuad senior kebangsaan, Datuk K. Rajagobal belum mahu menekan butang panik untuk mendapatkan khidmat pakar taktikal.
Tegas pengendali berusia 56 tahun itu, ia bukan satu kepentingan kerana Harimau Malaya masih mampu beraksi dengan baik tanpa tenaga pakar tersebut.
Rajagobal mengulas mengenai saranan sesetengah pihak termasuk bekas pemain kebangsaan bahawa skuad negara memerlukan khidmat pakar taktikal.
Ujarnya, pasukan kejurulatihan yang diterajuinya kini berupaya membentuk pasukan mantap, bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2015 yang dijadual, Februari depan.
Rajagobal menganggap isu itu sudah selesai sehingga ia dibincangkan semula oleh pegawai tertinggi FAM.
Bertindak sebagai ketua jurulatih yang menentukan taktikal pasukan, Rajagobal dibantu Tan Cheng Hoe, jurulatih penjaga gol, Faozi Mukhlas dan jurulatih kecergasan, Martin Stano.
Kombinasi ini berjaya mengembalikan semula zaman kegemilangan bola sepak negara dengan kejayaan Sukan Sea 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010.
Topic Berkaitan
#Datuk K. Rajagobal
#harimau Malaya
#khidmat pakar taktikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan