awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak semua orang tahu apa yang saya lalui - Neymar

Astro Arena
Astro Arena
23/06/2018
02:32 MYT
Tidak semua orang tahu apa yang saya lalui - Neymar
NEYMAR: Saya menangis kegembiraan, mengatasi, berusaha dan ingin menang. - Foto Astro ARENA
NEYMAR berkata air matanya dalam kemenangan dramatik 2-0 Brazil ke atas Costa Rica malam tadi adalah kerana "terlalu gembira" tetapi menggariskan dia berhempas-pulas untuk cergas tepat pada masanya bagi beraksi dalam Piala Dunia.
Neymar menerusi media sosial selepas kemenangan Kumpulan E itu menjelaskan mengapa dia menekup muka dengan tangannya dan menangis setelah menjaringkan gol kedua Brazil pada minit ketujuh masa tambahan untuk melengkapkan kemenangan pertama pasukannya di Russia 2018.
Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu, yang sebelumnya dinafikan penalti akibat dibatalkan oleh video bantuan pengadil (VAR), berehat tiga bulan akibat kecederaan metatarsal dalam usahanya ke Piala Dunia dan perlawanan pembukaan Brazil -- seri 1-1 dengan Switzerland -- adalah perlawanan kompetitif pertamanya sejak Februari lalu.
BACA: Neymar gagal 'perdaya' VAR, Coutinho tampil cetus kemenangan pertama Brazil
"Tidak semua orang tahu apa yang saya lalui untuk ke sini," kata pemain berusia 26 tahun itu menerusi Instagram. "Saya menangis kegembiraan, mengatasi, berusaha dan ingin menang.
"Perkara tidak pernah mudah dalam hidup saya, kenapa ia harus sekarang?"
Nem todos sabem o que passei pra chegar até aqui, falar até papagaio fala, agora fazer ... poucos fazem!! O choro é de alegria, de superação, de garra e vontade de vencer. Na minha vida as coisas nunca foram fáceis, não seria agora né !!! O sonho continua, sonho não ... OBJETIVO ! Parabéns pela partida rapaziada, vocês são FODA. . . .
Setelah mengambil empat mata daripada dua perlawanan pertama mereka, Brazil memerlukan keputusan positif menentang Serbia untuk memastikan kelayakan mereka ke peringkat kalah mati.
Neymar memberi penghormatan kepada rakan sepasukannya dan menegaskan bahawa Brazil tetap berada di landasan untuk ke peringkat seterusnya, dengan berkata: "Mimpi -- tidak, matlamat -- masih hidup.
"Tahniah untuk persembahan kamu semua. kamu sangat hebat."
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Brazil
#Instagram
#media sosial
#Neymar
#Piala Dunia
#Switzerland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan