awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tirai F1 2020 bermula Julai

Astro Awani
Astro Awani
02/06/2020
22:48 MYT
Tirai F1 2020 bermula Julai
Semua perlumbaan F1 akan dijalankan secara tertutup sementara mereka yang terlibat diwajibkan menjalani protokol kesihatan yang ketat.
TIRAI Formula One musim ini akan bermula dengan dua perlumbaan yang dijalankan secara tertutup di Austria pada 5 dan 12 Julai.
Ia akan diikuti enam lagi Grand Prix di Eropah.
Badan kawal selia F1 berharap ia dapat mengadakan sekitar 15 ke 18 perlumbaan bagi membolehkan musim ini ditamatkan pada Disember.
Perlumbaan musim ini berdepan kekangan selepas aksi pembuka tirai perlumbaan Grand Prix Australia Mac lalu dibatalkan beberapa jam sebelum bermula.
Ini susulan pandemik COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Minggu lalu, kerajaan Austria membenarkan penganjuran dua perlumbaan di litar Spielberg.
Ini selepas penganjur mengemukakan pelan lengkap berhubung langkah pencegahan.
Semua perlumbaan akan dijalankan secara tertutup sementara mereka yang terlibat diwajibkan menjalani protokol kesihatan yang ketat.
Pemeriksaan kesihatan berkala akan dijalankan ke atas semua peserta.
Musim 2020 akan menyaksikan hanya 22 perlumbaan diadakan sekali gus menjadikannya kempen yang paling singkat sejak 2009.
Topic Berkaitan
#austria
#COVID-19
#F1
#Grand Prix
#Grand Prix Australia
#koronavirus
#litar Spielberg
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan