awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ serah pemacu pena dedah dakwaan salah laku FAM kepada Khairy

Bernama
Bernama
26/08/2016
08:55 MYT
TMJ serah pemacu pena dedah dakwaan salah laku FAM kepada Khairy
Tunku Ismail berkata beliau memutuskan untuk menyerahkan pemacu pena itu kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM. - Foto Facebook Southern Tigers
Pemacu pena yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini berada di tangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sebelum ini menyimpan pemacu pena itu, menyerahkannya kepada Khairy ketika menerima kunjungan menteri tersebut di Istana Bukit Pelangi, Johor Baharu, hari ini.
Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam entri terkini dalam laman Facebook Johor Southern Tigers, berkata beliau memutuskan untuk menyerahkan pemacu pena itu kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM.
Menurutnya FAM bukan masalahnya, sekaligus mahu menumpukan perhatian kepada kelab kecilnya, JDT.
Selain itu, dalam pertemuan dengan Khairy, antara topik yang dibincangkan mereka adalah berkaitan program pembangunan belia dan berkongsi pendapat mengenai isu semasa terutama melibatkan sukan bola sepak.
Tunku Ismail sebelum ini pernah mendedahkan memiliki pemacu pena yang di dalamnya terkandung aktiviti dalaman FAM termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.
Beliau berkata pemacu pena itu diperoleh menerusi sahabatnya yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#FAM
#JDT
#KHAIRY
#TMJ
#Tunku Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan