Berita  | Sukan

'Tolong maafkan kami' - MABA mohon maaf insiden bendera Malaysia bintang pecah lima

'Tolong maafkan kami' - MABA mohon maaf insiden bendera Malaysia bintang pecah lima
Netizen mengecam tindakan penganjur dan mendesak MABA dikenakan tindakan sewajarnya kerana dipercayai tidak peka dengan sensitiviti. - Sumber foto FB MABA
KUALA LUMPUR:
Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Malaysia Basketball Association atau MABA) hari ini memohon maaf atas kesalahan yang terpapar di bendera Malaysia sewaktu acara pembukaan Kejohanan Bola Keranjang Milo Lum Mun Chak ke-28, malam tadi.

Dalam pautan Facebook, MABA menzahirkan permohonan maaf selepas imej yang memaparkan bendera Malaysia dengan bintang pecah lima dalam paparan visual di sebuah stadium pada Isnin.

MABA berkata kesilapan itu amat dikesali dan akan mengambil sepenuhnya tanggungjawab. 

"Tolong maafkan kami, kami senantiasa mencuba sedaya upaya untuk membangunkan sukan bola keranjang di Malaysia," menurut MABA dalam kenyataan ringkas berkenaan.

FB MABA

Sejak malam tadi video berdurasi 1 minit 42 saat itu tular di media sosial.


Netizen mengecam tindakan penganjur dan mendesak MABA dikenakan tindakan sewajarnya kerana dipercayai tidak peka dengan sensitiviti.

Kejohanan Bola Keranjang ini berlangsung dari 25 November hingga 1 Disember ini.


Tag: Malaysia Basketball Association, MABA, bendera Malaysia, bola keranjang, bendera lima bintang, sukan bola keranjang



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.