LUCAS MOURA muncul wira pasukan Tottenham Hotspur apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir permainan untuk melengkapkan kebangkitan pasukan itu menentang Ajax Amsterdam, awal pagi Khamis.
Dalam perlawanan penuh drama itu, Spurs turun ke Amsterdam ketinggalan 1-0 selepas tumpas dalam separuh akhir pertama di London minggu lepas.
Perlawanan malam di Amsterdam itu seakan tidak menyebelahi Spurs apabila Ajax membuka jaringan seawal minit ke-5 menerusi kapten pasukan pemain berusia 19 tahun, Matthijs de Ligt.
Hakim Ziyech kemudian menggandakan jaringan Ajax apabila menyudahkan hantaran Dusan Tadic, menjadi kedudukan agregat 3-0 untuk pasukan tuan rumah, pada minit ke-35.
Bagaimanapun, Spurs bimbingan Mauricio Pochettino tidak mengalah dan memulakan kebangkitan pada minit ke-55, menerusi rembatan Moura.
Kurang empat minit kemudian, kekecohan dalam kawasan gol Ajax dimanfaatkan penyerang Brazil itu apabila menjaringkan gol kedua Spurs.
Spurs yang memerlukan satu gol untuk mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan berjuang sehingga saat akhir dan mendapat gol pada minit ke-6 masa kecederaan.
Moura melepaskan rembatan leret dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran cantik Dele Alli untuk melengkapkan kebangkitan pasukan itu.
Spurs akan bertemu Liverpool di final pada 1 Jun, yang merupakan perlawanan akhir kedua melibatkan dua wakil England selepas Manchester United menewaskan Chelsea pada 2008.
Ian Johan Ariff
Wed May 08 2019
Spurs akan bertemu Liverpool di final pada 1 Jun, yang merupakan perlawanan akhir kedua melibatkan dua wakil England selepas Manchester United menewaskan Chelsea pada 2008. -Reuters
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Eredivisie: Ajax cari pengurus baharu
Pemecatan Steijn berlaku susulan kekalahan di Utrecht yang menyaksikan gergasi Belanda itu hanya satu mata dari zon penyingkiran.
UCL: Klopp tidak akan terbawa-bawa dengan kemenangan Liverpool ke atas Ajax
Jaringan pertama Mohamed Salah, selepas lapan perlawanan peringkat Eropah, dipadamkan Mohammed Kudus dalam separuh masa pertama.
Ten Hag hadiahkan kejuaraan Eredivisie buat Ajax sebelum ke Manchester United
Erik ten Hag akan menuju ke Manchester United sebagai juara selepas pasukan bimbingannya, Ajax, melakar kejayaan terbaru Eredivisie.
Manchester United sah lantik Ten Hag sebagai pengurus baharu
Selepas berbulan-bulan berteka-teki, ketua jurulatih Ajax berusia 52 tahun itu diumumkan sebagai pengganti kepada Ralf Rangnick menduduki kerusi panas di Old Trafford.
Kes Doping: Onana digantung 12 bulan
Ajax dan Onana akan membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk mencabar hukuman itu.
Klopp puji prestasi Fabinho lawan Ajax
Fabinho memulakan perlawanan itu sebagai gandingan Joe Gomez di posisi pertahanan tengah dan membantu Liverpool memulakan kempen UCL musim ini dengan kemenangan 1-0 di Amsterdam.
Ten Hag kecewa aksi cuai Ajax
Ia merupakan kekalahan yang sukar buat Ajax selepas dua percubaan daripada Quincy Promes serta Edson Alvarez gagal menghasilkan jaringan di Arena Johan Cruijff.
Lampard gusar kecederaan Barkley
Barkley terpaksa dikeluarkan apabila terhincut-hincut selepas 43 minit permainan dalam kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United dalam EPL itu sebelum digantikan oleh Mateo Kovacic.
Juventus lengkap perpindahan Matthijs de Ligt dengan nilai RM346.4 juta
Bayaran akan dibuat secara ansuran dengan tambahan sembilan juta pound.
Van den Berg sertai Liverpool
Pemain antarabangsa Belanda bawah 19 tahun, Sepp van den Berg menjadi pemain baru pertama the Reds dan menyertai skuad Liverpool pada 1 Julai.