TOTTENHAM 1 NORWICH CITY 1
(Tottenham mara melalui penentuan sepakan penalti 2-3)
Pemain tengah, Eric Dier, naik ke bangku penonton dan bertelingkah dengan penyokong susulan kekalahan kelima Piala FA Tottenham kepada Norwich City kerana mempunyai kaitan dengan adik lelakinya.
Spurs disingkirkan daripada kejohanan berkenaan pada awal pagi tadi menerusi penentuan sepakan penalti 2-3 yang menyaksikan Tim Krul menyelamatkan dua tendangan setelah perlawanan di London itu yang berlanjutan ke masa tambahan masih terikat 1-1.
Jan Vertonghen terlebih dahulu meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-13 sebelum Josep Drmic mengimbangi kedudukan, 12 minit menuju masa kecederaan.
Dier menyempurnakan sepakan penaltinya tetapi kecewa dengan tindakan penyokong sejurus wisel penamat ditiupkan sebelum menuju ke tempat duduk penyokong.
Dengan stadium yang hampir kosong, pegawai keselamatan terpaksa memisahkan pemain antarabangsa England itu dengan individu yang terlibat tetapi rakaman pergeseran mereka pantas berlegar-legar di media sosial.
Ditanya mengenai perselisihan itu dalam sidang media selepas perlawanan, Mourinho berkata: "Saya tidak fikir ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada perlawanan. Pertemuan ini mewakili Piala FA yang bersaing hebat, tetapi saya tidak boleh lari daripada soalan ini.
"Saya fikir Eric Dier melakukan apa yang kami sebagai pemain profesional tidak boleh lakukan tetapi apabila seseorang menghina anda dan keluarga anda terlibat, terutama melibatkan adik lelaki anda.
"Orang ini menghina Eric, adik lelakinya tidak gembira dengan keadaan itu, begitu juga Eric sendiri. Kami dalam bidang profesional ini tidak boleh melakukan tindakan seperti apa yang telah dilakukannya."
Mourinho tidak mahu Tottenham menghukum Dier berhubung tindakannya itu sambil menambah: "Jika kelab mengenakan tindakan disiplin terhadap Eric Dier, saya tidak setuju dengannya, tetapi apa yang dilakukannya adalah salah."
Astro Arena
Thu Mar 05 2020
Eric Dier (kiri) memeluk rakan sepasukan Gedson Fernandes selepas tamat perlawanan Piala FA pusingan kelima antara Tottenham Hotspur dan Norwich City di Stadium Tottenham Hotspur, London, 4 Mac, 2020. (Foto AP)
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat 27 Mac susulan cuaca panas.
Puluhan wau 'warnai' langit malam Kampung Panchor
Cuaca panas yang melanda Kedah sejak kebelakangan ini dilihat sedikit sebanyak merubah rutin seharian penduduk setempat. Di Kampung Panchor, Pendang, sekumpulan anak muda telah memulakan satu aktiviti yang jarang dilihat di kawasan lain iaitu bermain wau pada waktu malam.
Dua jasad dari enam mangsa hilang ditemukan
Dua jasad daripada enam pekerja pembinaan yang hilang dalam insiden jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat telah ditemukan pada Khamis.
Tottenham tewas, Dier bertelingkah dengan penyokong sendiri
Spurs disingkirkan daripada kejohanan berkenaan pada awal pagi tadi menerusi penentuan sepakan penalti 2-3 yang menyaksikan Tim Krul menyelamatkan dua tendangan.
Piala Dunia: England menang penalti untuk mara ke suku akhir
England menamatkan badi kalah dalam penentuan penalti selepas menewaskan Colombia 4-3 menerusi tendangan penalti.
Penalti Kane selamatkan satu mata buat Spurs di Anfield
Penalti dari penyerang Tottenham Hotspurs Harry Kane pada minit terakhir perlawanan memberi pasukannya satu mata di Anfield dalam pertemuan yang berakhir 2-2.
Insiden Dier disiku Herrera hangatkan pertemuan United-Spurs
Perlawanan di Wembley pada awal pagi tadi itu berakhir 2-2 selepas Iago Aspas dan Isco memadamkan kelebihan dua gol tuan rumah yang diledakkan Adam Lallana dan Jamie Vardy.