Siapa sangka, mengenakan baju yang dipakai bekas atlet angkat berat, Amirul Hamizan Ibrahim ketika meraih pingat emas Sukan Komanwel 2002 di Manchester, memberi tuah kepada skuad angkat berat negara untuk merebut dua pingat emas pada edisi di Gold Coast, semalam.
Dua atlet muda negara, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad dan Muhamad Aznil Bidin, yang bergilir-gilir memakai baju berwarna biru dan hitam milik Amirul Hamizan, yang juga pengurus pasukan, seperti mengambil semangat untuk masing-masing meraih emas dalam acara 56kg dan 62kg lelaki.
"Dah lama atlet minta dengan saya baju yang saya pakai masa di Manchester itu tapi saya simpan. Berbeza dengan kali ini, saya bagi Azroy pinjam dan saya sendiri pun tidak tahu yang Aznil pun akan pakai baju itu," katanya di Carrara Sports and Leisure Centre.
Baju tersebut dipakai Amirul Hamizan ketika melakukan angkatan seberat 260kg di Manchester, yang juga rekod kejohanan selama 16 tahun sebelum dipadamkan oleh Azroy Hazal Wafie, semalam.
Azroy Hazal Wafie memakai baju milik Amirul Hamizan itu pada pertandingan sesi pagi seterusnya pada sesi petang, Muhamad Aznil pula mengambil peluang mengenakan baju itu.
"Saya tengok baju tu ada dalam beg Azroy Hazal Wafie lepas dia menang, jadi saya pun ambil dan pakai. Kalau Azroy pakai boleh menang pingat emas masa pakai baju itu, apa salahnya kalau saya cuba nasib.
"Bagi saya boleh pakai baju juara yang juga idola kami semua seperti kami dapat semangat serta aura juara beliau," kata Muhammad Aznil.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 06 2018
Memakai baju milik Amirul Hamizan, Azroy (gambar) mengangkat beban seberat 117kg dalam acara snatch kategori 56kg sekaligus memecahkan rekod Sukan Komanwel di Carrara Sport Arena, Gold Coast, 5 April, 2018. --fotoBERNAMA
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Akaun 3: Inisiatif yang melegakan rakyat, namun ancaman jika tersalah langkah
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan bijak sebelum membuat pengeluaran Akaun 3 KWSP.
[TERKINI] Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Seorang pengurus syarikat pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu. Bagaimanapun tertuduh, Hafizul Hawari, 38, mohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
PABM catur langkah awal hadapi Sukan Komanwel 2026
Skuad pelapis terdiri daripada atlet yang menyerlah di peringkat kebangsaan selain memenangi pingat emas dan perak di Sukma.
Tuah pakai baju Amirul Hamizan
Dua atlet muda negara, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad dan Muhamad Aznil Bidin, bergilir-gilir memakai baju berwarna biru dan hitam milik Amirul Hamizan, yang juga pengurus pasukan.