KETUA jurulatih Borussia Dortmund, Thomas Tuchel menjangkan Cristiano Ronaldo akan kembali berada di tahap yang terbaik ketika berdepan Real Madrid di Signal Iduna Park.

Kedua-dua pasukan telah memenangi perlawanan pertama Kumpulan F, dengan Ronaldo berjaya mencetak gol ketika membantu Real bangkit menewaskan Sporting CP 2-1.

Namun pemain Ballon d'Or tiga kali itu gagal mencetak sebarang gol dalam dua perlawanan lepas dan telah digantikan ketika seri 2-2 dengan Las Palmas.

Tuchel menjangkakan Ronaldo dan rakan sepasukan akan kembali menemui rentak dan cuba untuk meraih tiga mata penuh ketika berdepan skuad kendaliannya.

"Ronaldo merupakan antara pemain terbaik di dunia. Kami menjangkakan dia berada di tahap yang terbaik.

"Kami sudah bersedia untuk berdepan Real Madrid. Kami mengetahui kekuatan yang dimiliki mereka.

"Kami perlu memberikan tumpuan sepanjang perlawanan. Setiap peluang harus digunakan sebaik yang mungkin."

Penyerang Pierre-Emerick Aubameyang dilihat akan mengetuai jentera serangan Dortmund selepas membantu pasukan menewaskan Freiburg 3-1.

Bekas pertahan Barcelona, Marc Bartra, penyerang Andre Schurrle and Adrian Ramos telah kembali pulih daripada kecederaan masing-masing untuk berdepan Real.

"Kami akan cuba yang terbaik menggunakan kelajuan yang dimiliki oleh Aubameyang dan Ousmane Dembele untuk cuba untuk menembusi pertahan Real, mereka adalah peluang terbaik kami."