awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UFC: Tony Ferguson mahukan Khabib... Disember ini

Haider Yutim
Haider Yutim
23/09/2019
12:10 MYT
UFC: Tony Ferguson mahukan Khabib... Disember ini
UFC dikatakan sudah pun mengesahkan pertarungan antara Khabib dan Ferguson, namun belum menyatakan tarikh untuk perlawanan tersebut. - Gambar fail/YouTube
MESKIPUN sudah disahkan pertarungan mereka oleh UFC, Tony Ferguson mahu pertemuannya dengan Khabib Nurmagomedov diadakan seawal hujung tahun ini.
Ferguson dari Amerika Syarikat menyatakan hasrat untuk mencabar juara lightweight dunia itu pada 14 Disember ini, iaitu pada acara UFC 242.
'El Cucuy' menerusi posting di Twitternya pada Ahad meminta UFC dan presidennya Dana White menambah pertarungan mereka dalam senarai 'fight card' tersebut.
"Tentunya kita boleh adakan sedikit ruang untuk @TeamKhabib," tulisnya.
Dalam posting tersebut, Ferguson turut memuat naik foto-foto petarung yang pernah ditewaskannya sebelum ini dalam keadaan berdarah -- seolah-olah mahu menjadikan Khabib 'mangsanya' yang seterusnya.
Dia turut meletakkan hashtag #DefendorVacate (defend or vacate) yang bermaksud 'pertahankan kejuaraan tersebut atau lepaskannya', yang ditujukan kepada Khabib.
Ferguson yang memegang rekod profesional MMA sebanyak 25 kemenangan dan tiga kekalahan, kini menduduki ranking pertama dalam divisyen lightweight UFC.
Dia juga merupakan pencabar utama dalam divisyen lightweight UFC, menjadikannya 'sangat layak' untuk bertemu Khabib.
Untuk rekod, pertarungan antara Ferguson dan Khabib telah cuba dianjurkan sebanyak empat kali sebelum ini, namun terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab kecederaan oleh kedua-dua petarung.
Khabib pada 7 September lalu berjaya mengekalkan takhta kejuaraan dunia lightweight UFC selepas menewaskan Poirier dalam acara UFC 242 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Keputusan itu sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib kepada 28 kemenangan tanpa kalah.
UFC dikatakan sudah pun mengesahkan pertarungan antara Khabib dan Ferguson, namun belum menyatakan tarikh untuk perlawanan tersebut.
Topic Berkaitan
#El Cucuy
#juara lightweight
#Khabib Nurmagomedov
#Mixed Martial Arts
#MMA
#seni bela diri campuran
#TeamKhabib
#Tony Ferguson
#UFC
#UFC 245
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan