ACARA utama UFC Fight Night 158 di Vancouver, Kanada pada Ahad berakhir dengan kemenangan kepada petarung Amerika Syarikat, Justin Gaethje.
Pertarungan itu menyaksikan ‘The Highlight’ menundukkan Donald ‘Cowboy’ Cerrone melalui keputusan knockout teknikal (TKO) pada minit 4:18 pusingan pertama.
Babak pertama bermula dengan kedua-dua petarung lightweight itu mempamerkan aksi ‘stand-up’ — saling bertukar tumbukan diselang-seli dengan tendangan.
Tiada langsung percubaan jatuhan dilakukan oleh Gaethje ataupun Cerrone.
Namun, pada minit keempat, Gaethje melepaskan tumbukan padu ke arah Cerrone, sekali gus merebahkan lawannya ke lantai Octagon.
Cerrone yang cuba bangun untuk meneruskan perlawanan, terus dihujani tumbukan sehingga pengadil mencelah untuk menamatkan pertarungan setelah dia gagal mempertahankan dirinya.
Gaethje yang sebelum ini berjaya menumpaskan lawannya sebanyak 17 kali menerusi KO dan TKO, terus melebarkan rekodnya kepada 21 kemenangan, dua kekalahan.
Sementara itu dalam aksi ‘co-main event’, petarung Brazil Glover Teixeira berjaya menewaskan petarung dari Ukraine, Nikita Krylov menerusi keputusan berbelah bagi juri.
Selepas tamat perlawanan tiga pusingan, juri membuat keputusan untuk menghadiahkan kemenangan kepada Teixeira menerusi keputusan berbelah bagi.
Dengan kemenangan itu, dia kini memegang rekod profesional MMA, 30-7.
Hilmi Ismail
Sun Sep 15 2019
Gaethje (kanan) diisytihar pemenang selepas menundukkan Cowboy Cerrone melalui keputusan TKO pada minit 4:18 pusingan pertama. - Foto AP
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Conor McGregor umum bersara dari MMA... untuk kali ketiga
Conor McGregor sekali lagi mengejutkan peminat apabila mengumumkan persaraannya dari sukan seni bela diri campuran (MMA) - untuk kali ketiga.
Khabib hanya terima 'rematch' dengan McGregor jika UFC bayar AS$100 juta
Peminat MMA mungkin akan dapat melihat sekali lagi pertembungan di antara Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor, dengan syarat UFC membayar Khabib AS$100 juta.
Selepas kena TKO dengan McGregor, 'Cowboy' kini direhatkan 6 bulan
Susulan kekalahannya dengan Conor McGregor pada Ahad lalu, Donald 'Cowboy' Cerrone kini berdepan penggantungan perlawanan selama enam bulan atas sebab kecederaan.
McGregor hanya perlukan 40 saat tumbangkan 'Cowboy' Cerrone
Hanya 40 saat. Itu masa yang diperlukan oleh bintang UFC, Conor McGregor untuk menumbangkan pencabarnya, Donald Cowboy Cerrone.
Kembali ke Octagon hujung minggu ini, McGregor jangka dapat bayaran RM326 juta
Hujung minggu ini bakal menyaksikan kemunculan semula bintang UFC Conor McGregor selepas hampir 15 bulan menyepi dari sebarang pertarungan seni bela diri campuran (MMA).
Dipecat kerana belasah pencuri, ditawar pekerjaan oleh Presiden UFC
Seorang pekerja keselamatan di Hawaii yang dibuang kerja selepas membelasah seorang pencuri di kedainya, ditawar pekerjaan oleh Presiden UFC.
Sah! McGregor kembali beraksi Jan tahun depan menentang 'Cowboy' Cerrone
Conor McGregor disahkan akan bertarung pada Januari tahun hadapan menentang petarung veteran, Donald Cerrone.
UFC Vancouver: 'Cowboy' rebah di tangan Justin Gaethje
Acara utama UFC Fight Night 158 di Vancouver, Kanada pada Ahad berakhir dengan kemenangan kepada petarung Amerika Syarikat, Justin Gaethje.
UFC tentukan nasib Tony Ferguson selepas Khabib bertemu Poirier
Divisyen lightweight di UFC merupakan salah satu divisyen yang sarat dengan petarung hebat dan mempunyai nama besar dalam arena seni bela diri campuran (MMA) dunia.
MMA: Eddie Alvarez sudah 'move on', mahu fokus kepada Eduard Folayang
Bekas juara dunia lightweight di UFC dan Bellator MMA, Eddie Alvarez telah pun melupakan kekalahannya di pentas ONE Championship pada March 2019.