MANCHESTER UNITED 0 BURNLEY 2
Ole Gunnar Solskjaer percaya Manchester United sudah memperoleh gambaran yang jelas dan akan memperbaiki prestasi dengan kemasukan pemain baru bulan ini selepas tewas 0-2 kepada Burnley dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri awal pagi tadi.
United memaparkan aksi buruk ketika berdepan skuad kendalian Sean Dyche itu dan kelihatan amat lemah di bahagian serangan tanpa penyerang utama, Marcus Rashford, yang mungkin tidak dapat diturunkan hingga April depan kerana kecederaan belakang.
Chris Wood dan Jay Rodriguez muncul penjaring Burnley, yang tidak berdepan masalah untuk mempertahankan kelebihan itu sehingga tamat perlawanan.
United kerap dikaitkan untuk mendapatkan pemain tengah Sporting CP, Bruno Fernandes, walaupun laporan media mendakwa kedua-dua pasukan itu gagal mencapai kesepakatan mengenai perpindahan pemain kebangsaan Portugal itu.
Solskjaer menegaskan United sedang berusaha untuk memperkuatkan skuad mereka walaupun gagal menjawab soalan sama ada dia mendapat sokongan daripada pihak pengurusan tertinggi kelab itu atau tidak.
Dia berkata kepada BT Sport: "Kami mahu memperbaiki keadaan, kami mempunyai sasaran tersendiri.
"Hari seperti ini menunjukkan bagaimana baiknya sesetengah mereka (pemain muda dalam skuad United) melakukannya dalam musim ini -- sesetengah keputusan dan prestasi mereka amat luar biasa.
"Ini merupakan kekalahan kedua kami di laman sendiri sejak Ogos lalu.
"Saya fikir kami dapat mengekalkannya dengan memenangi perlawanan ini tetapi ia tidak terjadi.
"(Perpindahan) sentiasa akan menjadi perbualan buat ketika ini.
"Kami sudah dapat melihatnya dengan jelas dan akan memulakan tugas mendapatkan pemain baru.
"Sekarang ialah jendela perpindahan, jadi saya akan terus menjawab soalan seperti ini sehingga ia ditutup.
"Kami sedang mengusahakan beberapa perkara.
"Bagi saya, perkara terpenting adalah kami perlu memaparkan prestasi terbaik di atas padang.
"Persembahan hari ini tidak cukup baik untuk pasukan Manchester United," katanya.
Kekalahan itu menyaksikan United kekal di tangga kelima dengan ketinggalan enam mata di belakang Chelsea dengan 34 mata, berkongsi jumlah mata yang sama dengan Tottenham Hotpsur dan Wolves.
Astro Arena
Thu Jan 23 2020
Pemain Burnley Jay Rodriguez meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua untuk pasukannya ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Burnley, di Old Trafford, Manchester, England, 22 Jan, 2020. (Foto AP)
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara palling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
EPL: Kompany terkilan rayuan penalti Burnley tidak diendahkan
Kompany lebih terkejut apabila bola yang terkena tangan Chris Mepham tidak disemak ketika permainan memasuki minit kelapan masa tambahan.
EPL: Fernandes kurangkan tekanan Ten Hag
Mendapat hantaran Jonny Evans, pemain Portugal itu tidak berdepan masalah menewaskan penjaga gol Burnley, James Trafford.
EPL: Hatrik Son Heung-min warnai kejayaan Tottenham atasi Burnley
Son Heung-min menjaringkan hatrik ketika Tottenham bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengatasi Burnley 5-2.
Bintang B-20 England taruhan Burnley
Media Britain melaporkan, Burnley akan membayar Villa sebanyak 14 juta pound untuk pemain bawah 20 tahun itu.
Liga Kejuaraan: Burnley sah kembali ke EPL selepas atasi Middlesbrough
Gol daripada Ashley Barnes dan Connor Roberts memastikan kemenangan penting itu buat Burnley.
Haaland cemerlang lakar hatrik
Ia menjadi detik malang buat Kompany yang sebelum itu diberi sambutan wira selepas 11 tahun menabur bakti di Etihad.
Dyche ganti Lampard, sandaran Everton kekal status elit
Everton bergelut di bawah Lampard, kali terakhir memenangi perlawanan liga apabila menewaskan Crystal Palace pada Oktober lalu.
Manchester City tenang kembali ke puncak EPL
Manchester City melakar kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Burnley yang bergelut di zon penyingkiran pada Sabtu.
Tuchel puji persembahan James selepas bintangi kemenangan Chelsea
Pemain pertahanan sayap England itu menjaringkan gol pembukaan yang luar biasa pada awal separuh masa kedua.
Conte mohon maaf emosi selepas tewas kepada Burnley
Spurs tewas 1-0 kepada Burnley di Turf Moor awal pagi Khamis, kekalahan keempat mereka dalam lima perlawanan liga.