Remaja terpantas di dunia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi meletakkan sasaran untuk menyertai temasya Olimpik Musim Panas 2024 yang akan diadakan di Paris, Perancis.
Terkenal dengan jolokan "Usain Bolt Malaysia", Muhammad Azeem, 16, memberi keyakinan untuk mendapatkan bentuk fizikal yang mampu memberi saingan kepada peserta lain dalam masa empat tahun lagi.
Bagaimanapun, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, di sini itu berazam untuk memperbaiki catatan masa peribadi terlebih dahulu menerusi beberapa kejohanan yang akan disertai tahun ini.
"Untuk tahun ini saya akan menyertai kira-kira lima atau enam kejohanan peringkat antarabangsa selain beberapa kejohanan peringkat tempatan. Sasaran saya adalah memecahkan rekod peribadi acara 100 meter(m) iaitu 10.57 saat(s) dan 200m 21.15s sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas program Ikon Pelajar Bank Simpanan Nasional (BSN) di SMK Gunung Rapat di sini pada Khamis.
Muhammad Azeem digelar remaja terpantas di dunia selepas mencatat 10.57s dalam acara 100m semasa Kejohanan Olahraga Terbuka BJSS-Innotex November lalu, selain menggegar trek 200m dengan masa 21.15s dalam Kejohanan Sekolah-Sekolah Sukan Thailand (TSSG) di Khon Kaen, Thailand, Ogos lepas.
Mengenai pemilihan sebagai Ikon Pelajar BSN yang pertama, Muhammad Azeem berkata ia akan menjadi pembakar semangat untuk dirinya terus berjaya dalam bidang akademik dan sukan.
BACA: 'Usain Bolt Malaysia' bukan sekadar jaguh kampung - Syed Saddiq
Terdahulu, pada majlis itu BSN mengumumkan Muhammad Azeem sebagai Ikon Pelajar BSN bagi tahun 2020-2022 berikutan pencapaian memberangsangkannya dalam bidang sukan dan akademik.
Ketua Eksekutif BSN Datuk Yunos Abd Ghani berkata pemilihan Muhammad Azeem sebagai Ikon Pelajar BSN bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk cemerlang dalam bidang sukan dan akademik.
Katanya Muhammad Azeem akan menerima tajaan RM20,000 merangkumi pembiayaan pelajaran dan perlindungan takaful BSN Fitrah menerusi PruBSN selama dua tahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 30 2020
BSN mengumumkan Muhammad Azeem diangkat menjadi Ikon Pelajar BSN bagi tahun 2020 - 2022 pada Majlis Perlantikan Ikon Pelajar BSN di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Ipoh, 30 Jan, 2020. --fotoBERNAMA
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
'Usain Bolt Malaysia' sasar beraksi di Olimpik 2024
Muhammad Azeem memberi keyakinan untuk mendapatkan bentuk fizikal yang mampu memberi saingan kepada peserta lain dalam masa empat tahun lagi.