Tutup

Berita  | Sukan

Valentino Rossi 'lega' Presiden Yamaha Motor Racing umum tarik diri

Valentino Rossi 'lega' Presiden Yamaha Motor Racing umum tarik diri
Pelumba MotoGP terkenal Valentino Rossi menyatakan bahawa Tsuji lebih sesuai untuk memegang peranan kejuruteraan berbanding daripada bahagian pengurusan tertinggi. - Instagram @valeyellow46
NAMA Presiden Yamaha Motor Racing, Kouichi Tsuji antara yang dipetik bakal mengundurkan diri selepas dilaporkan berlakunya rombakan dalam projek MotoGP pasukan itu.

Tsuji yang menjadi penggerak utama bagi setiap aktiviti MotoGP bersama Pengarah Urusan, Lin Jarvis membuat keputusan menarik diri ekoran prestasinya yang dilihat semakin merudum.
Sewaktu disoal mengenai pengunduran Tsuji, pelumba MotoGP terkenal Valentino Rossi berkata beliau lega dan berpendapat bahawa Tsuji lebih sesuai untuk memegang peranan di bahagian kejuruteraan berbanding peranan sebagai pengurusan tertinggi pasukan.

"Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Tsuji kerana kami telah bekerja bersama untuk jangka masa yang panjang, sejak tahun 2004.
"Bagi saya, dia adalah jurutera yang sangat baik, tetapi sejak kebelakangan ini, peranannya tidak memberangsangkan bagi saya. Jadi saya rasa perubahan ini bagus untuk meningkatkan semula prestasi motor.

“Ramai pihak luar yang datang kepada kami, yang saya rasa lebih relevan untuk berada bersama Yamaha, dan kami memerlukan orang kuat seperti itu kerana kami telah banyak berkerja keras selama ini.

"Tetapi sekarang apa yang kami perlukan adalah masa, jadi kami akan melihat potensi pada masa depan jika kami mampu untuk menang,” kata pelumba terkenal dengan gelaran ‘The Doctor’ itu.

Sebelum ini, pasukan Yamaha memperolehi hanya dua kemenangan MotoGP dalam tempoh dua setengah musim lalu.

Manakala kini, momentum kumpulan itu dilihat semakin memberangsangkan dengan pelumba MotoGP kedua (Vinales), ketiga (Rossi) dan keempat (Fabio Quartararo) mengekori rapat prestasi pelumba Honda, Marc Marquez semasa latihan pada Jumaat lalu di litar Aragon, Sepanyol.


Tag: Valentino Rossi, MotoGP, Yamaha Motor Racing, Kouichi Tsuji, Marc Marquez



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.