awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kapal persiaran bawa lebih 120 penumpang terdampar di terumbu karang Papua New Guinea
Warga emas maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan di Rompin
Kadar kelahiran Jepun 2025 dijangka cecah paras terendah dalam sejarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

VAR tidak akan diguna dalam Liga Juara-Juara musim depan

Astro Arena
Astro Arena
26/02/2018
23:58 MYT
VAR tidak akan diguna dalam Liga Juara-Juara musim depan
Ceferin (gambar) percaya proses penggunaan teknologi VAR itu terlalu mengelirukan pada masa kini. REUTERS / Fail
PRESIDEN Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin, berkata video bantuan pengadil (VAR) tidak akan digunakan dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Penilaian terhadap teknologi VAR bercampur-baur sejak diperkenalkan kepada pertandingan tertentu, termasuk Piala Konfederasi tahun lalu, Bundesliga dan kejohanan domestik di England musim ini.
Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) akan membincangkan masa depan VAR dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) mereka di Zurich pada Ahad ini, dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sedia untuk menggunakannya dalam Piala Dunia jika ia diluluskan.
Bagaimanapun, Ceferin percaya proses penggunaan teknologi itu terlalu mengelirukan pada masa kini.
"Peminat melihat skrin VAR sepanjang masa tetapi tiada siapa yang tahu bagaimana ia berfungsi," katanya selepas Kongres UEFA, awal hari ini.
"Kami tidak akan menggunakannya dalam Liga Juara-Juara musim depan. Bagi saya, ia mungkin satu projek yang baik tetapi kami tidak perlu tergesa-gesa."
VAR sekali lagi menjadi topik perbincangan di England pada hujung minggu lalu selepas final Piala EFL dan kemenangan 2-1 Manchester United ke atas Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris.
Bos Blues, Antonio Conte, berasakan VAR boleh campur tangan selepas Alvaro Morata didakwa ofsaid hanya sebelum melakukan penyudah yang mungkin menjadi gol penyamaan di Old Trafford.
Sementara itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger, berang apabila gol Vincent Kompany disahkan dalam kemenangan 3-0 Manchester City di Wembley, meskipun rujukan VAR boleh diguna bagi memastikan sama ada Leroy Sane mengganggu permainan di kedudukan ofsaid.
Topic Berkaitan
#Aleksander Ceferin
#Alvaro Morata
#Antonio Conte
#Arsene Wenger
#bola sepak
#EFL
#EPL
#eropah
#Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa
#Liga Juara-Juara
#Liga Perdana Inggeris
#mengelirukan
#pengadil
#teknologi
#UCL
#VAR
#video
#Video Bantuan Pengadil
#Zurich
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan