awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Watford takut berdepan City - Flores

Astro Arena
Astro Arena
22/09/2019
02:49 MYT
Watford takut berdepan City - Flores
FLORES: Buat masa ini, kami perlu melupakan kekalahan ini. Saya dan staf kejurulatihan akan berusaha menyediakan pasukan untuk perlawanan seterusnya. - Astro ARENA
PENGURUS Watford, Quique Sanchez Flores, berkata pasukannya takut untuk berdepan Manchester City selepas diaibkan 8-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.
The Hornets mengalami kekalahan terburuk berdepan skuad bimbingan Pep Guardiola itu di Stadium Etihad.
City telahpun memenangi 12 perlawanan terakhir berdepan Watford dalam semua kejohanan dan menjaringkan 46 gol.
Mereka tewas 6-0 kepada City dalam aksi final Piala FA musim lalu dan Flores bimbang kepada barisan pemainnya yang berdepan juara EPL itu di samping menyedari akan mengalami kekalahan teruk.
"Mereka sudah memiliki kenangan buruk berdepan Manchester City," katanya dalam sidang media.
"Sebelum perlawanan, salah seorang daripada kamu telah mengingatkan saya terhadap jaringan yang berjaya diledak City ketika bertemu kami.
"Buat masa ini, kami perlu melupakan kekalahan ini. Banyak perkara yang berlaku dalam perlawanan ini. Saya dan staf kejurulatihan akan berusaha menyediakan pasukan untuk perlawanan seterusnya."
BACA: 30 minit pertama yang luar biasa - Silva
David Silva membuka jaringan seawal 52 saat sebelum sepakan penalti Sergio Aguero dan jaringan tambahan menerusi Riyad Mahrez, Bernardo Silva dan Nicolas Otamendi, sudah pun meletakkan City jauh mendahului dalam separuh masa pertama.
Bernardo Silva menyempurnakan hatrik pertama kariernya dalam separuh masa kedua sebelum Kevin De Bruyne melengkapkan kemenangan dengan jaringan kelapan lima minit sebelum perlawanan berakhir.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#EPL
#kalah teruk
#kekalahan terburuk
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester City
#pengurus
#Pep Guardiola
#Quique Sanchez Flores
#sepakan penalti
#Stadium Etihad
#Watford
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan