Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek kecewa dengan tindakan sebuah stesen televisyen tempatan yang menghina mendiang bapanya dalam satu rancangan komedi yang disiarkan malam tadi.
Watson yang juga bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter, berang apabila stesen televisyen itu menyamakan bapanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu dengan binatang.
"Saya ada menonton episod itu dan berasa tersinggung dan kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya kepada Bernama hari ini.
Watson berkata, sepanjang karier sebagai ahli sukan sehingga sekarang tidak pernah mana-mana media membuat penghinaan terlalu peribadi terhadapnya khususnya melibatkan mendiang bapanya.
"Saya tidak tahu motif sebenar stesen televisyen tersebut tapi ini satu penghinaan kepada bapa saya,"katanya sambil menambah stesen televisyen sepatutnya peka dengan sensitiviti masyarakat dan individu terutama sekali yang telah meninggal dunia.
Watson berkata, tindakan tersebut amat jelas tidak menghormati sensitiviti keluarga serta saudara-mara mendiang bapanya.
Beliau turut menggunakan laman Facebooknya untuk meluahkan rasa tidak puas hati kepada stesen televisyen itu.
" Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu,tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan." tulisnya dalam Facebooknya.
Luahan Watson mendapat reaksi serta perkongsian ratusan netizen yang mahu Watson menyaman stesen televisyen berkenaan serta mengutuk tindakan rancangan tersebut yang menghina individu yang telah meninggal dunia.
Watson yang memegang rekod kebangsaan 100m iaitu 10.30 saat selama 18 tahun sebelum dipecahkan Khairul Hafiz Jantan yang melakukan 10.18s pada Sukma Sarawak tahun lepas, diisytiharkan muflis selepas gagal membayar balik pinjaman bank yang digunakan untuk menanggung kos perubatan bapanya yang menderita barah telinga.
Bagaimanapun, beliau dibebaskan daripada status muflis selepas kerajaan Sarawak membayar balik tunggakkan pinjaman sebanyak RM80,000 itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2017
Watson berkata, sepanjang karier sebagai ahli sukan sehingga sekarang tidak pernah mana-mana media membuat penghinaan terlalu peribadi terhadapnya khususnya melibatkan mendiang bapanya. - Gambar fail
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Watson berang rancangan komedi hina bapanya
Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek kecewa dengan tindakan sebuah stesen televisyen tempatan yang menghina mendiang bapanya.