awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#WeBelangTogether 'Kami bukan minta tiket percuma'

Hilal Azmi
Hilal Azmi
05/12/2018
06:02 MYT
#WeBelangTogether 'Kami bukan minta tiket percuma'
Dijangkakan lebih 500 penyokong Malaysia tiba di Bangkok petang ini bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Thailand malam ini. - Foto Hermy Rahim
Penyokong Harimau Malaya memuji inisiatif syarikat penerbangan seperti AirAsia yang menyediakan pakej penerbangan khas ke Bangkok, Thailand.
Inisiatif yang digerakkan badan korporat itu dilihat memberi peluang kepada penyokong pasukan negara yang selama ini teringin menyatakan sokongan dalam perlawanan di luar negara.
Demikian pandangan disuarakan Hermy Rahim, yang menggerakkan #Ekor bagi mengumpulkan penyokong yang mahu ke Stadium Rajamangala, Bangkok, ketika dihubungi hari ini.
"Biasanya penyokong tak minta pun percuma, tetapi sedikit kemudahan untuk penyokong bergerak bagi sokongan kepada atlet kita yang bertanding di luar negara.
"Bagi saya, inisiatif sebegini bukan hanya untuk sukan bola sepak sahaja. Mungkin sukan seperti hoki juga ada peminatnya tersendiri.
"Tetapi kalau dalam bola sepak, penyokong tegar memang boleh gerak sendiri. Ada yang naik motor, bas dan lain-lain.
"Tetapi bagi sukan lain, mereka hendak bagi semangat, tetapi tiada platform untuk bersama-sama bergerak," katanya kepada Astro AWANI menerusi program Bualan.
Hermy juga percaya, dengan sokongan badan korporat yang mempermudahkan pergerakan penyokong negara, ia mampu membawa kesan positif kepada semangat serta prestasi atlet negara.
Pasukan negara akan menentang Thailand dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Rajamangala malam ini. AirAsia menunjukkan komitmen yang tinggi kepada sukan Malaysia menerusi kempen ‘Daretodream’ yang menyaksikan syarikat penerbangan itu memberi sokongan kepada atlet negara di semua peringkat dengan satu matlamat iaitu meletakkan nama Malaysia sebaris dengan negara tersohor lain.
Topic Berkaitan
#Ekor
#harimau Malaya
#penyokong bola sepak
#WeBelangTogether
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan