Berita  | Sukan

#WeBelangTogether: Malaysia bertemu Vietnam di final Piala AFF

#WeBelangTogether: Malaysia bertemu Vietnam di final Piala AFF
Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas mengikat juara bertahan Thailand 2-2 pada aksi separuh akhir kedua di Bangkok, pada Rabu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Teka-teki Malaysia akan bertemu siapa di pentas final sudah pun terjawab apabila Vietnam berjaya menundukkan Filipina pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, malam ini.

Vietnam berjaya menewaskan Filipina 2-1 di laman sendiri menjadikan agregat kemenangan skuad Naga Emas itu 4-2.

Skuad Harimau Malaya telah berjaya mara ke perlawanan akhir selepas mengikat Thailand 2-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Rabu malam.
Keputusan seri itu sudah mencukupi untuk Malaysia layak ke final menerusi peraturan 'away goal' atau gol di tempat lawan.

BACA: #WeBelangTogether: Malaysia mara ke final Piala AFF Suzuki

Malaysia sebelum ini telah tewas 0-2 di tangan Vietnam pada saingan peringkat kumpulan.

Perlawanan final pada 11 dan 15 Disember ini merupakan peluang baik untuk skuad kendalian Tan Cheng Hoe ini membalas dendam.

Aksi final ini akan menggunakan format timbal balik dengan skuad negara bakal menerima kunjungan Vietnam terlebih dahulu sebelum terbang ke Hanoi untuk perlawanan akhir kedua.