Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Sukan

'Ya Allah, kembalikanlah dia kepada kami' - Khabib sahkan bapa kritikal akibat COVID-19

'Ya Allah, kembalikanlah dia kepada kami' - Khabib sahkan bapa kritikal akibat COVID-19
Khabib: Kami meminta kepada Allah agar Dia mengembalikannya kepada kami. - Gambar fail
KHABAR angin berhubung keadaan kesihatan bapa kepada bintang UFC Khabib Nurmagomedov akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan bahawa bapanya menderita akibat jangkitan COVID-19.

Abdulmanap Nurmagomedov, 57 tahun, sebelum ini dilaporkan bertarung dengan jangkitan pada paru-paru (pneumonia).

BACA: Bapa Khabib dilaporkan kritikal, koma akibat pneumonia

Khabib menyampaikan berita sedih itu menerusi sesi ‘live’ di akaun Instagramnya baru-baru ini.
“Banyak cakap-cakap dan berita mengenai bapa saya di internet. Dia sekarang berada dalam keadaan kritikal akibat virus ini.

“Dia berada dalam keadaan sukar, sangat sukar. Kami meminta kepada Allah agar Dia mengembalikannya kepada kami,” luah Khabib.
Jelasnya, jangkitan virus itu memberi kesan kepada jantung bapanya kerana tahun lalu Abdulmanap difahamkan pernah menjalani pembedahan pertama.

Abdulmanap, bagaimanapun, disahkan positif COVID-19 selepas keluarganya merujuk kepada rawatan di sebuah hospital tentera di Moscow, Rusia, sebelum dilaporkan koma sebaik menjalani pembedahan jantung.

Atlet MMA itu kini sedang menjalani ibadah puasa dengan mematuhi arahan penjarakan sosial meskipun terpaksa melupakan seketika tradisi berkumpul yang diadakan setiap kali menjelang Ramadan.

Khabib berkata dia berharap bapanya yang bertanggungjawab melatihnya sejak kecil sehingga bergelar juara lightweight UFC itu akan diberikan kesembuhan dari jangkitan tersebut dan boleh pulang ke pangkuan keluarganya.

BACA: McGregor doakan bapa Khabib segera sembuh


Tag: MMA, Mixed Martial Arts, Hospital, Moscow, koronavirus, COVID19, Abdulmanap Nurmagomedov, Khabib Nurmagomedov, UFC Lightweight, UFC



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.