awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yerry Mina direhat beberapa minggu akibat kecederaan otot

Astro Awani
Astro Awani
03/06/2020
00:41 MYT
Yerry Mina direhat beberapa minggu akibat kecederaan otot
Mina mengalami kecederaan sebelum liga bermula. -REUTERS
PEMAIN Everton, Yerry Mina bakal terlepas aksi permulaan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dia bakal direhatkan akibat kecederaan otot yang dialami dalam sesi latihan minggu lepas.
Mina adalah pemain Everton kedua mengalami kecederaan sebelum liga bermula semula.
Sebelum ini, pemain tengah Jean-Philippe Gbamin diketepikan bagi aksi musim ini selepas disahkan mengalami kecederaan.
Pemain berusia 25 tahun itu disifatkan antara pemain harapan Everton. Dia membuat 25 penampilan musim ini dan turut membantu kelab mencatat kemenangan menentang Watford pada Februari lalu.
Dalam pada itu, pakar perubatan kelab EPL memberi amaran ramai pemain akan berdepan kecederaan ketika sesi latihan kembali dibuka.
Mereka menyifatkan pemain berdepan rangsangan badan yang berbeza selepas menghabiskan tempoh lapan minggu berlatih secara tertutup.
Amaran itu dikeluarkan pakar perubatan dari kelab Newcastle United. Pakar berkenaan merujuk contoh liga NFL yang digantung beberapa tahun lalu.
Terdapat peningkatan kecederaan selepas pemain kembali berlatih.
Kerajaan UK sebelum ini sudah mengeluarkan garis panduan yang membuka jalan untuk EPL kembali menjalani latihan penuh.
Protokal kesihatan yang ketat dilaksanakan bagi mengelakkan penularan COVID-19.
Setiap pemain diwajibkan menjalani dua kali saringan dalam tempoh seminggu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#EPL
#Everton
#Jean-Philippe Gbamin
#kecederaan otot
#koronavirus
#Liga Perdana Inggeris
#Yerry Mina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan