awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yob tenang bertemu Selangor di Lumut

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2013
23:11 MYT
Yob tenang bertemu Selangor di Lumut
Ketua jurulatih Perak, Azraai Khor Abdullah tetap tenang mempersiapkan pasukannya bagi pertemuan dengan Selangor dalam satu perlawanan Liga Super di Lumut, malam ini (Selasa).
Biarpun jentera serangan masih tumpul dan dihimpit masalah kecederaan serta penggantungan beberapa pemain utama, Azraai enggan panik dan tetap yakin dengan kemampuan anak-anak buahnya.
Antara pemain yang masih cedera adalah dua penyerang Yob, S.Chanturu dan tonggak import, Karim Rouni.
Lantas Azraai menimbang kemungkinan untuk mencuba gandingan baru.
Sabtu lalu, Perak dipaksa berhempas pulas sebelum melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan di tempat lawan.
Azraai mengharapkan semangat juang para pemain akan kekal tinggi susulan kemenangan tersebut.
“Apa sekalipun, pasukan Perak tidak akan menyerah begitu sahaja, Kita akan lawan sampai ke saat-saat terakhir dan satu lagi petanda yang baik pasukan ialah kemunculan pemain-pemain muda daripada skuad Piala Presiden banyak membantu, terutamanya di Stadium Paroi tempoh hari,”kata Azraai.
Bekas pengendali Kedah dan Negeri Sembilan ini juga kemungkinan akan menurunkan Syazwan Roslan bagi memperkuatkan bahagian pertahanan.
Ia berikutan ketiadaan Hisyamuddin Shaari yang digantung perlawanan selepas menerima kad merah di Paroi.
Topic Berkaitan
#Azraai Khor Abdullah
#bola sepak
#Liga Super
#Perak
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan