ZINEDINE Zidane tidak terkejut ketika Gareth Bale diejek oleh penyokong Real Madrid ketika merakamkan kemenangan 2-1 yang mengecewakan ke atas Eibar.

Real yang tewas 2-1 kepada Valencia Rabu lalu, sekali lagi ketinggalan menerusi jaringan Marc Cardona enam minit sebelum tamat separuh masa pertama di Santiago Bernabeu.

Mereka bangkit dalam separuh masa kedua dan dua jaringan Karim Benzema memastikan kemenangan Real, tetapi persembahan Los Blancos sekali lagi menjadi persoalan.

Zidane sering ditanyakan mengenai masa depan Bale sejak beberapa minggu yang lalu dan pengendali kelahiran Perancis itu menolak cadangan pemain tersebut mahu meninggalkan kelab.

Pemain kebangsaan Wales itu diherdik penyokong tuan rumah dan Zidane tidak terkejut dengan apa yang berlaku terhadap pemain tersebut.

"Saya tidak mengatakan perpindahan Bale tidak akan berlaku. Dia masih bersama Real dan memiliki kontrak selama dua tahun lagi. Ia bukan masa untuk membincangkan tentang masa depan pemain itu.

"Kami tidak gembira di atas herdikan terhadap Bale, tetapi penyokong mahu kami bermain dengan lebih baik.

Real terpaksa menerima hakikat mereka bakal menamatkan musim ini tanpa sebarang gelaran, Zidane menerima sukar untuk memberikan motivasi kepada pasukannya tetapi menegaskan mereka tidak akan berhenti berjuang untuk mendapatkan keputusan positif.

"Dalam situasi ini, kami berusaha untuk bermain dengan positif.

"Kami tidak memenangi sebarang gelaran musim ini. Bermain untuk tanpa sebarang gelaran merumitkan.

"Real akan cuba beraksi dengan positif, berjuang sebagai satu pasukan dalam baki tujuh perlawanan lagi."